PERKAHWINAN
dengarnya indah dan bahagia
namun beribu-ribu ujian dan dugaan akan melanda
perkahwinan bukan mudah yang disangka
andai ilmu tiada di dada.
isilah perkahwinan dengan ilmu.
mencari ilmu tanpa henti
walaupun sudah berumahtangga
kerana dengan ilmu
dapat mematangkan seseorang
dapat mengubah diri seseorang
dapat mengubah si kedekut kemaafan
menjadi si kaya kemaafan
laluilah alam rumah tangga
dengan penuh rendah diri dan ego
isikan lah diri dengan sifat sabar dan syukur
dengan semaksimum mungkin
fahamilah mencari yang sempurna
lebih menyakitkan daripada
berusaha berubah menjadi yang terbaik.
moga kita semua menjadi pasangan suami isteri yang soleh dan solehah penyejuk mata hati satu sama lain. Aamiin
Kekurangan diredoi, kelebihan disyukuri. |