mai2 klik

u follow i..i follow u back..hehehe

23 May 2013

Doktor Gigi

Dalam banyak2 doktor~

Doktor gigi la paling menakutkan~

Minggu depan nak kena buat medical checkup untuk jawatan PPPS~

Harap2 dapat doc yang ok, yang xcheck semangat2 sangat.

Takut T_T

18 May 2013

Selamat hari guru

Semua orang adalah guru kepada diri sendiri. Kepada orang disekeliling kita. Didik lah diri dengan tidak meninggalkan orang sekeliling kita yang menjauhi Allah dengan menarik mereka mendekati Allah. Kerana tidak mustahil mereka menjadi lebih baik dari kita. Kadang kala Allah mengurniakan orang yang menjauhi Allah berdekatan dengan kita supaya kita mendidik dan membimbing mereka tanpa jemu sehingga mereka menemui nikmat Islam dan Iman~






justforudear~

Jadilah pendidik yang baik sepertimana yang telah diajar oleh Allah dalam Surah An-Nahl ayat 125. Allah swt berfirman : 'Serulah(manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik'.

Abah~

Untukmu Abah~ Terima kasih atas segalanya~ 

Moga sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah sentiasa. Moga syurga milik ayah ibu dan seluruh ahli keluargaku. Moga terhindar dari segala malapetaka dan azab api neraka. Aamiin~



Kekuatan~

Dikala hati diuji dengan dugaan~ Hanya kekuatan yang ku cari. Agak aku tidak terus lemah. Terus meminta dan menagih pada yang tak pasti.

Kadang kala kekuatan di dalam diri akan terus wujud dan kental di jiwa selepas diuji dengan seribu satu dugaan~

Bukankah sudah kita ketahui, sebagai hamba Allah kita akan sentiasa diuji demi menuju syurga yang indah~

Kekuatanku bina dikala hati merasa sangat lemah, sangat sedih, sangat teruji memerlukan ketahanan dan fikiran yang sangat positif~

Kekuatanku selidik, ku selak helaian demi helaian supaya aku menjumpai kekuatan yang pernah aku bina dalam diri ku, kerana aku yakin setiap rencana Allah adalah yang terbaik~

Biarlah Allah menentu dan menjelaskan semuanya. Cukuplah semua ini~

Berjauhan dan menjauhi bukan bermakna benci tapi hanya ingin kurangkan dosa di dalam hati.


05 May 2013

Malaysia Elections Day


selamat mengundi.

selamat membuat pilihan yang bijak.

Moga Allah sentiasa merahmati dan meredoi semuanya. 
Moga keputusan adalah yang terbaik untuk menuju akhirat kelak. Aamiin :)