mai2 klik

u follow i..i follow u back..hehehe

19 June 2013

Terpisah

Alhamdulillah. Hari ini anak kucing dah berpindah tuan. Rasa sedih pula walaupun tak berapa berani dengan kucing. Rasa bersalah pisahkan anak kucing dengan mak kucing. Harap2 semuanya selamat dan sihat2 sahaja serta gembira dengan tuan baru.

Seperti mana yang kita tahu, Abu Hurairah digelar bapa kucing disebabkan rasa cinta dan sayang yang tinggi kepada haiwan tersebut. Malah,banyak kisah2 pengajaran yang kita dengar berkaitan dengan kucing ini.

Apa pun kepada semua pencinta kucing, seribu tahniah saya ucapkan kerana kalian merupakan pencinta kucing. Mudah2an satu hari nanti aku jua akan menjadi pencinta haiwan ini.

15 June 2013

kisah suami isteri :)

satu

Jika lelaki sedang marah, jangan kata apa-apa. Diam sahaja dan hidangkan air kepadanya. Selawat, doakan dan hembus, “Ya Allah, lembutkan hati suamiku sebagaimana Engkau melembutkan besi kepada Nabi Daud”. Pahala menghidangkan air segelas untuk suami yang baru balik ke rumah lebih baik ganjarannya berbanding puasa setahun.


dua

Ketika memasak, dan membasuh beras, amalkan doa daripada hadis Qudsi yang bermaksud, “Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Tuhan kami dan Tuhan mereka, hati kami dan hati mereka dalam genggaman-Mu. Sesungguhnya Engkau menguasai atas mereka”. Genggam beras dan bayangkan wajah ahli keluarga dan doakan mereka.


tiga

Suami akan semakin sayang jika isteri masak dengan air tangannya sendiri. Sepatutnya banyakkan berselawat, berzikir dan berdoa ketika disediakan. Masak juga dengan penuh kasih-sayang. Sediakan makanan yang panas dan belum berusik untuk suami. Asingkan makanan untuk suami jika suami balik lambat. Belajar tentang selera suami daripada ibu mertua.



Sumber:Tanyalah Ustaz, Ustaz Mohd Hanafiah Abdul Malek