mai2 klik

u follow i..i follow u back..hehehe

26 February 2013

Pengalaman Temuduga SPP

Assalamualaikum. Hari ni amani nak kongsi pengalaman temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.

Antara soalan yang dikemukakan adalah :

26/2/2013 (di IPG KPM oleh Panel SPP En Gurdev Singh A/L Gurnam Singh)


1- kenapa stesen KTM Tanjung Pagar ditutup?
2- Stesen kereta api yg pertama, dibina dari mana ke mana?
3- dlm byk sultan,sultan johor ada lesen bawak keretapi.. berapa kali sultan johor bawak keretapi?
4- berapa harga (RM) naik River Cruise kat melaka?
5- Berapa ramai pelancong datang melawat melaka dalam setahun..
6- nilai2 murni ada 16, cukupkah/memadaikah 16 nilai shj..(pppm)
7- situasi : suatu hari, ibu bapa murid pra datang ke sekolah mengadu anak dia, ada lebam di bahagian telinga. dia mengugut utk melaporkan kpd polis. apa tindakan anda?

25/2/2013 (di IPG Ipoh)



- nkra
-ppsmi
-ujian formatif
-aspirasi ngara
-pppm
-Integriti
-linus
-kemahiran kbkk dlm math,aktiviti,
-soalan yg kena cop xbersdia- pbs-nama fail2..


20/2/2013 (di IPG KSAH oleh Datuk Normah)
1. Apakah yang perlu dilakukan oleh Msia utk capai Wawasan 2020
2. Sebab Malaysia mahu capai Wawasan 2020.
3. Apa yang dimaksudkan dengan negara Berpendapatan Tinggi.
4. Dalam PPPM, apa yang berkaitan dengan LINUS?
5. KBKK - Jika murid tak reti KV.KVK,KVKV, apa tindakan anda sebagai guru untuk menarik minat murid belajar.

25/2/2013 (di IPG KPM oleh 
En Gurdev Singh A/L Gurnam Singh)
1. Sudah brapa kali mjlis raja2 bersidang?
2. Bil. Timbalan di bawah Tun Mahathir.
3. Kandungan dlm pekeliling tahun dahulu kala tentang keselamatan di sekolah.
4. Tindakn susuln anda jika MBMMBI dimansuhkan.
5. KBKK tentang pemulihan khas.




23 February 2013

My new blog

Assalamualaikum :)

Harap2 semuanya sihat dan sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah sentiasa. Aamiin. Alhamdulillah, hari ni tercapai juga satu hajat iaitu blog masakan.

Walaupun saya tak pandai memasak tapi saya sangat2 berminat nak belajar masak dan cuba pelbagai resepi baru :)

Alhamdulillah, blog baru saya bernama jeng jeng jeng...





Amacam. Comel x header dia? Harap2 kawan2 sudi follow blog kedua saya dan sudi berkongsi resepi serta tip masakan. Saya budak baru belajar, bila beri tunjuk ajar. Moga allah balas segala kebaikan kalian.


12 February 2013

Istilah

Sebagai manusia kita harus ingat dan jangan berpegang pada prinsip.




'i'm the best. saya paling baik'



walaupun anda seorang ibu, seorang ayah, seorang anak, seorang boss atau sesiapa sahaja kerana istilah dan prinsip tersebut membuatkan manusia sentiasa memandang rendah terhadap orang lain, tidak mahu menerima teguran orang lain dan berasa diri mereka paling hebat dan betul.

11 February 2013

Hati

Hati manusia adalah berbeza-beza. Maka, nasihatilah dia dengan sebaik mungkin. Kenali dan berkawan baik dengan nya supaya kita dapat menggunakan kaedah menasihati yang betul dan dapat memberikan kesan pada hati.

Cara kita menasihati sesorang itu dengan kasar dan nada perli. Akan membuahkan kesan yang sangat negatif. Fahamilah wahai ibu bapa, sahabat handai serta orang-orang sekeliling. Dekati mereka yang ingin berubah, yang ingin kembali ke pada fitrah. Jangan diungkit kisah silam mereka yang lalu. Nasihati lah mereka dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan dalam hati agar ianya terpancar di riak muka, nada suara dan suara hati nasihat yang kita cuba sampaikan.

Saya pernah dengar satu ceramah. Penceramah ada berkata ' andai kita nasihat dan bercakap itu dengan niat memberikan nasihat. insyaa Allah aura yang sampai sentiasa positif dan dapat diterima walaupun mungkin cara nasihat yang digunakan kasar (bersesuaian dengan orang tersebut)' apa yang penting NIAT~

Laksanakan dan lakukanlah segala-galanya hanya KERANA ALLAH.