mai2 klik

u follow i..i follow u back..hehehe

16 December 2012

Lemah Iman, Punca dan Penawar

Assalamualaikum. Cuti sekolah ni ramai orang melansungkan pernikahan. Alhamdulillah. Tahniah kepada semua yang telah mendirikan rumahtangga. Nangis2 la encik syaitan. Hari nie saya ada terbaca something. I think i should share with u all. Jom baca Ciri-ciri lemah iman, punca dan penawarnya :)

Diantara ciri-ciri lemahnya iman :

1) Apabila melakukan maksiat, tidak merasa takut pada Allah s.w.t.
2) Keras hati.
3) Tidak melakukan ibadat secara itqan(secara baik).
4) Malas dalam beribadat.
5) Rasa sempit dada dalam pengamalan Islam.
6) Tidak terkesan dengan bacaan al-Quran.
7) Lupa untuk berzikir pada Allah.
8) Tidak merasa marah bilamana maruah Islam dicabar.
9) Suka menonjolkan diri.
10) Sifat bakhil ada dalam diri.
11) Berkata seseorang dengan sesuatu yang dia sendiri pun tidak
beramal.
12) Gembira dengan musibah yang melanda umat Islam.
13) Apabila melihat sesuatu bencana alam, hanya mengatakan
ianya musibah alam tanpa mengaitkan ia adalah bala daripada
Allah s.w.t.
14) Memandang rendah perkara-perkara baik.
15) Tidak mengambil berat tentang isu umat Islam.
16) Tercabutnya kasih sayang persaudaraan sesama umat Islam.
17) Hilang perasaan tanggungjawab terhadap agama.
18) Merasa takut bila turunnya bencana, musibah.
19) Banyak berbantah,berkelahi.
20) Hati banyak terikat dengan dunia.
21) Percakapan yang tidak berasaskan fakta (nas,dalil) seperti
penyebaran hadis palsu.
22) Terlalu terlampau dalam menjaga keperluan diri.


Diantara perkara-perkara yang perlu diberi penekanan untuk memperbaharui iman:

1) Sentiasa memperbaharui kefahaman tentang Islam supaya
memahami Islam secara jelas.
2) Membaca dan mentadabur al-Quran.
3) Rasa keagungan Allah s.w.t.
4) Menuntut Ilmu.
5) Banyakkan berzikir pada Allah dan jadikan ia amalan harian.
6) Perbanyakkan ibadat.
7) Banyak berdoa moga dihindarkan daripada mati dalam keadaan suu'ul khatimah.
8) Banyak fikirkan akhirat.
9) Banyakkan mengingati mati.
10) Banyakkan berdoa pada Allah s.w.t supaya diberi keimanan
yang sempurna.


sumber : FB 
Dr Abu Anas Madani

boleh dengar ceramah dengan lebih terperinci dekat link nie ye http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=kDXgIb2koNw


13 December 2012

sabar

Assalam. Hari nie dok bersuka ria, tengok cerita. Selalu malas nak tengok tv1 & 2. Tak tau sebab apa. Hehe. Tapi harinie berubah la. Tiba2 bukak tv 2. Ada cerekarama. Tajuk apa ntah. Bagus sangat cerita nie. Ada dialog yang buat ku tertarik. Jom baca dialog tu.


ayah : sabar
anak : sabar? apa kita boleh buat dengan sabar
ayah : hikmah. kita akan jumpa hikmah. setiap kejadian dan dugaan Allah pasti ada hikmah.

sedutan dialog dari cerita tv2 sekarang nie (2.30ptg) ;)

Ya Allah, jadikanlah kami hambaMU yang sentiasa bersabar dalam apa jua keadaan. Mudah-mudahan kami menjadi hambaMU yang sentiasa bersabar. Aamiin 


11 December 2012

Anak jati kedah

Assalamualaikum.

Sapa anak jati Kedah angkat kening. Hehehe ;) Ok, geng2 anak jati Kedah. Amani nak mintak tolong sikit.

Kalau Amani jejak kan kaki ke Kedah Darul Aman, makanan apa yang patut rasa? Ayat mudah, makanan pamous dekat kedah.




Lakukanlah Qailullah untuk berjaya

Assalamualaikum. Hari nie saya nak kongsi salah satu amalan harian yang boleh kita lakukan. Amalan tersebut adalah qailulah atau tidur sebentar sebelum sebelum zohor.

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Lakukanlah qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani untuk melakukan qailulah". (Riwayat Al-Thabrani).

Syaitan tidak melakukan Qailulah, oleh itu orang-orang mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.

Jika hendak menjadi lebih segar, fokus dan produktif, cuba praktikkan sunnah rasulullah ini dengan istiqamah.

Adalah sunat sekiranya kita sekiranya kita tidur sebentar sebelum Zohor. Tidurlah sekadar sebagaimana yang disyorkan Islam, ditunjukan oleh Nabi S.A.W iaitu tidur sebelum zohor dan selebihnya pada siang hari menguruskan pentadbiran dunia.

Oleh itu, kita boleh lakukan walaupun hari kita bekerja. Sebagai contoh, orang yang kerja pejabat boleh tidur sejenak dengan berniat dalam hati, Ya Allah, aku nak tidur sejenak supaya aku lebih bertenaga dan bersemangat serta dapat bangun beribadah kepadaMu pada sepertiga malam. (niatlah apa2 yang nak didalam hati). Di sekolah pula, guru mungkin boleh meminta murid tidur sebentar agar murid lebih bertenaga dan bersemangat.

Insyallah, bila bangun lebih bersemangat dan bertenaga. Jom sama-sama kita amalkan :)




10 December 2012

Syurga

Assalamualaikum.

Bila hati rasa tak tenang, tak bahagia, tak bersemangat. Kembali dan berceritalah pada Allah. Cerita denga bersungguh2 sepertimana kita nak berkongsi dengan kekasih hati. 

Setiap manusia ada masalah, ada rasa duka dalam hati namun kita yang pilih sendiri sama ada nak tunjuk atau tidak. Dulu aku suka sangat2 tunjuk perasaan aku. Tapi aku cari jalan. 

Dengan membaca buku2 motivasi lani yang berlambak2 di kedai. Aku sering ingatkan diri sendiri untuk kuatkan balik semangat yang lemah.

Syurga terlalu indah untuk insan yang melalui dugaan (hati yang diuji sehingga hilang semangat dll) yang terlalu ringan dan kecil. Syurga terlalu indah~

Kembali bersemangat. Ingatlah Allah, pohonlah kekuatan dan dipulihkan semangat dan segala kesulitan dalam diri kepada Nya disepertiga malam. Insyallah, semangat dan dirimu pasti pulih :)

05 December 2012

Doa agar hilang kinginan untuk berzina (Disarankan ibubapa mengamalkannya untuk anak-anak)


Doa agar hilang kinginan untuk berzina (Disarankan ibubapa mengamalkannya untuk anak-anak)

اللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ وَطَهِّرْ قَلْبَهُ وَحَصِّنْ فَرْجَهُ
Makudnya: Ya Allah, ampunkanlah dosanya, bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya.

Bacakan ke atas anak ketika dia sedang tidur dengan meletakkan tangan anda di atas dadanya (anak lelaki) dan tempat yang sesuai (anak perempuan).


Cinta

Cinta itu bukan tentang mencari seseorang yang sempurna, tetapi menerima seseorang itu dengan sempurna”. Dan berkali-kali disebutkan dalam seminar ini, mencintalah karena Allah. Karena dengan mencintai karena Allah, maka semuanya terasa ringan. Ikhlas.

Ya Allah, semoga kami mengasihi dan mencintai apapun dan sesiapapun tidak melebihi daripada mengasihi dan mencintai Mu ya Allah dan rasulMu. Aamiin




04 December 2012

GEMA



[04-Dec-2012]
Total money raised for GEMA is

RM 448,754.59

RM 551,245.41 masih diperlukan untuk mencapai target RM1 juta

RM 551,245.41 is needed to achieve our target 1 million ringgit.

Sumbangan boleh dibuat atas nama ISLAMIC RELIEF MALAYSIA

Bank Islam: 12 029 01 006564 3
Maybank: 5621 4270 8704
CIMB : 1259 0000 804 058

klik link fb ini untuk mengetahui lebih lanjut. Allahuakbar!! Islamic Relief Malaysia (IRM)





Wasiat Rasulullah kepada anak baginda




Assalamualaikum. Saya terbaca nie, maka jom kita sama2 berkongsi. Kita selalu dengar sebaik-baik wanita adalah wanita solehah. Sebab apa? Sebab wanita solehah ni menyenangkan hati sang suami dan anak2. Sama juga suami soleh, kita sebagai wanita pasti merasa tenang dan bahagia andai mendapat suami soleh kan :)









Ada 10 wasiat Rasulullah kepada putrinya Fathimah binti Rasulillah. Sepuluh wasiat yang beliau sampaikan merupakan mutiara yang termahal nilainya bila kemudian dimiliki oleh setiap istri solehah.







1. Ya Fathimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan, dan meningkatkan derajat wanita itu.

2. Ya Fathimah, kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, niscaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah.

3. Ya Fathimah, tiadalah seorang yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.

4. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang menahan kebutuhan tetangganya, melainkan Allah akan menahannya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.

5. Ya Fathimah, yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keridhoaan suami terhadap istri. Andaikata suamimu tidak ridho kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fathimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

6. Ya Fathimah, apabila wanita mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan baginya, dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan. Ketika wanita merasa sakit akan melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikitpun. Didalam kubur akan mendapat pertamanan indah yang merupakan bagian dari taman sorga. Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.

7. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah haji dan umrah.

8. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

9. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

10. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang meminyaki kepala suami dan menyisirnya, meminyaki jenggot dan memotong kumisnya, serta memotong kukunya, melainkan Allah memberi minuman arak yang dikemas indah kepadanya yang didatangkan dari sungai2 sorga. Allah mempermudah sakaratul-maut baginya, serta kuburnya menjadi bagian dari taman sorga. Dan Allah menetapkan baginya bebas dari siksa neraka serta dapat melintasi shirathal-mustaqim dengan selamat.

- Aidil Sahipaludin -



03 December 2012

Ayam Penyet TIDAK HALAL


Assalamualaikum. Hari ni saya ternampak satu post dalam FB. Saya rasa perlu untuk berkongsi dengan semua rakan-rakan yang beragama Islam.





Take note ya semua. Nanti kita follow up lagi dengan JAKIM :)

29 November 2012

Mencuri hobi atau terpaksa?

Assalamualaikum. Hari ni ibuku dalam kekalutan sedikit. Sebab duit beliau kena curi. Kesian dekat ibuku tapi xpala. Insyallah Allah ganti dengan lebih baik. Moga ibuku redo dan tabah dengan dugaan yang dihadapinya serta sentiasa bersangka baik dan yakin dengan Allah. Aamiin

Kadang kala aku terfikir. Mencuri ini hobi atau terpaksa? Korang rasa. Dulu masa aku belajar ada juga budak ni suka mencuri tapi bukan terpaksa sebab hobi. Dah terbiasa mencuri. Jangan mencuri ok, nanti kena potong tangan. Tak takut ka??
kalau kita suka mencuri cara nak elakkan daripada terus mencuri/ tahan diri daripada mencuri adalah dengan solat. bukan setakat mencuri, segala benda yang tidak baik dapat dikurangkan dan dielakkan apabila kita sentiasa pentingkan solat dalam hidup. Solat solat solat. 

p/s : "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" "Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan" Aamiin (Ibrahim : 40/41)

28 November 2012

Weeding Guestbook

Assalamualaikum. Hai. Sihat idok semua??

Ok. Hari ni aku nak kongsi weeding guestbook. Ianya dibuat khas oleh bff aku. So kalau korang berminat email sini nsfamilyshop@gmail.com 

Ok. Jom tengok contoh guestbook yang bff aku buat dekat bawah nie.




p/s : Cepat2 tempah sebelum menyesal !!!

Memahami

Assalamualaikum. Kadangkala kita sebagai manusia biasa memang harap semua orang memahami kita kan? Tapi sedarkah kita orang tak akan mampu memahami kita jika kita tidak meluahkan apa yang tersirat di hati. Nak luahkan pun kena guna ayat dan cara terbaik. Betul tak?

Kadang kala aku pening memikirkan mengenai mereka semua. Namun, sepening dan seserabut manapun. Kita tak akan mampu atasi tanpa bantuan dariNya. Memohon bantuan = berdoa. Memang Allah maha mengetahui. Kita berdoa sebab kita hamba Dia. Oleh itu, berdoa dan meminta supaya Allah memahami dan memberi apa yang terbaik kepada kita.

Allah dan hambaNya umpama ibu kepada anaknya. Bayangkan, jika si anak kecil sering meminta dengan penuh pengharapan dengan penuh rasa sedih apabila tidak diberi mana mungkin hati seorang ibu akan biarkan anaknya. Lama-lama pasti si ibu akan bagi bila tiba masanya. 

p/s : Ya Allah, moga mereka memahami jiwa dan hati kami dan moga kami sentiasa memahami jiwa dan hati mereka supaya kami sering bersangka baik dan melakukan apa jua dalam hidup hanya kerana Allah. Aamiin

Mendidik

Assalamualaikum.

Kadang kala saya sering terfikir. Bagaimanakah cara terbaik untuk mendidik anak-anak. Kadang kala saya sering takut menghadapi kenyataan. Betapa lemahnya jiwa dan hati ini. Moga Allah membantu kita semua. Aamiin

Rakan-rakan ada nak berkongsi tips dengan saya. Macam mana cara terbaik mendidik anak-anak. Macam mana nak bagi anak-anak rapat dengan ibubapa & sentiasa menganggap ibubapa seperti rakan? Macam mana nak didik anak-anak supaya rapat dan menyayangi adik beradik sendiri dan orang sekeliling mereka? Jom berkongsi tips dengan saya. :)

Sebelum melangkah ke alam baru, ilmu mendidik anak-anak dan sebagainya sangat penting kan. Moga keluarga kita semua menjadi sebuah keluarga yang sakinah, mawardah dan warahmah. Moga rahmat dan kasih sayang serta taufik hidayah allah sentiasa bersama dalam hati-hati dan jiwa setiap ahli keluarga kita. Aamiin


07 November 2012

Bersyukur

Bersyukur. Kita selalu dengar perkataan ni. Tapi setakat mana rasa syukur kita pada Allah. Saya sendiri pun kadang kala gagal timbulkan rasa bersyukur dalam hati, terutama ketika hati disentap rasa sedih macam sekarang ni.

Oh ya. Insyallah 16hb ni saya akan terbang meninggalkan bumi Malaysia dan bermusafir di bumi kanggaro, doakan saya ye semua :) Mungkin ada yang terdetik dalam hati. Wahhh. Bestnya dia boleh pergi sana. Tapi peganglah konsep bersyukur.

Cuba bayangkan anda diberikan pilihan dapat ke luar negara setiap tahun tetapi keluarga anda kurang bahagia. Dan pilihan seterusnya anda tidak dapat keluar luar negara tetapi keluarga anda bahagia. Bersyukurlah dengan apa yang ada, bersyukur dan sentiasa merendahkan diri di hadapan orang lain agar tidak timbul rasa riak dan tidak memberi dosa kepada orang lain.

Bersyukurlah anda dapat membaca kerana Allah izinkan anda belajar dan memahami. Bersyukurlah anda dapat melihat setiap huruf yang menari-nari. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Terima kasih ya allah. Moga kita semua menjadi hamba Allah yang bersyukur. Aamiin :)

Peperiksaan

Assalamualaikum.

Selamat menduduki peperiksaan kepada semua yang mengambil SPM dan apa saja jenis exam lah. Mudah-mudahan semasa kita exam, kita belajar tu niat kerana Allah dan ingin mengajar kepada orang lain. Supaya ilmu itu berkat dan bukan kerana exam semata-mata.

ILMU~

28 October 2012

Di kala hati teruji

Bila hati tersentap. Cerita dekat orang pun xguna kan sebab sebaik-baik tempat meluahkan segala rasa hanyalah Dia. Maka, hanya doa yang mampu ku buat dikala hati teruji.



Moga kita semua menjadi orang-orang yang mempunyai kesabaran yang amat tinggi. Aamiin :):)

Kata-kata Mutiara Imam Syafie'



Jom kita cuba amalkan dalam hidup. Cuba amalkan satu sahaja dahulu yang kita mampu buat. Insyallah lama kelamaan pasti kesemua nasihat Imam Syafie dapat kita laksanakan dalam hidup. Ilmu tanpa amal adalah sangat rugi. So, jom jadi orang yang beruntung. Hehehe :)

Did u support Israel??

Assalamualaikum. Jom kita hayati gambar dibawah.




Sedih kan? Hmm. Kita selalu marah denga israel tapi kita adakah tanda kita marah dengan hanya dibibir tapi tidak pada perbuatan?? Maka, jom kita berubah. Tahan diri daripada makan MCD. Salah satu punca pendapatan Israel kan. Kita cuba buang 1% ja barangan Israel daripada hidup kita. Sedikit-sikit lama-lama jadi bukit :)

Ayuh. Berubah~




Doa Jodoh & Keturunan Yang Baik


 Jom sama-sama kita amalkan doa ini. Mudah-mudahan kita semua tergolong dalam keluarga yang sakinah, mawardah da warahmah. aamiin :)



Muhasabah



Pertunangan harus dirahsiakan, pernikahan harus dihebahkan. Betapa Allah dan rasul menjaga keaiban diri kita. Mari kita muhasabah diri. Adakah kita menjaga keaiban kita?

Kisah percintaan kita, sibuk kita heboh di sana sini. Ada yang bajet cinta mereka cinta Islamik tetapi hanya luaran. Dalaman bercakap yang bukan-bukan. Walaupun perkara yang diucapkan tidak terlalu jelas namun ayat yang digunakan serta cara percakapan seumpama berbaur ke arah zina.

Maka, marilah kita sentiasa memuhasabah diri. Berusaha sebaik mungkin menutup aib orang lain sebagaimana kita berusaha menutup aib kita sendiri. Sentiasa mencari salah sendiri sebelum mencari salah insan lain.





p/s: Maaf atas kekurangan, saya budak baru belajar. Hehehe :)

Salam sayang dari Husna :)

Kenangan



Assalamualaikum.

Rasa nak berkongsi kisah suka duka sepanjang menjalani kehidupan sebagai pelajar. Xsangka dan 5 tahun lebih berada di selatan tanah air. Banyak pengalaman dan kenangan yang xmungkin aku lupakan. Yala. 5tahun lebih bersama rakan-rakan seperjuangan.

Hutan, laut, tasik semua kami redah dan lalui bersama-sama. Mendaki gunung ganang dan banyak lagi pengalaman yang sangat menarik. Palin best bila sama2 belemoih. Hehehe. Masa semua xcomey la paling best tangkap gambar sebab bila kita dah lama tinggalkan benda ni semua pasti rasa tersenyum riang ingat :)


Camping at Lanchang, Pahang


Saya pasti merindui & mengingati semua rakan2 seperjuangan saya. Doakan kami semua menamatkan pengajian dengan baik dan cemerlang. Moga urusan pekerjaan kami dipermudahkan tahun hadapan. Aamiin :)