mai2 klik

u follow i..i follow u back..hehehe

11 December 2012

Lakukanlah Qailullah untuk berjaya

Assalamualaikum. Hari nie saya nak kongsi salah satu amalan harian yang boleh kita lakukan. Amalan tersebut adalah qailulah atau tidur sebentar sebelum sebelum zohor.

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Lakukanlah qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani untuk melakukan qailulah". (Riwayat Al-Thabrani).

Syaitan tidak melakukan Qailulah, oleh itu orang-orang mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.

Jika hendak menjadi lebih segar, fokus dan produktif, cuba praktikkan sunnah rasulullah ini dengan istiqamah.

Adalah sunat sekiranya kita sekiranya kita tidur sebentar sebelum Zohor. Tidurlah sekadar sebagaimana yang disyorkan Islam, ditunjukan oleh Nabi S.A.W iaitu tidur sebelum zohor dan selebihnya pada siang hari menguruskan pentadbiran dunia.

Oleh itu, kita boleh lakukan walaupun hari kita bekerja. Sebagai contoh, orang yang kerja pejabat boleh tidur sejenak dengan berniat dalam hati, Ya Allah, aku nak tidur sejenak supaya aku lebih bertenaga dan bersemangat serta dapat bangun beribadah kepadaMu pada sepertiga malam. (niatlah apa2 yang nak didalam hati). Di sekolah pula, guru mungkin boleh meminta murid tidur sebentar agar murid lebih bertenaga dan bersemangat.

Insyallah, bila bangun lebih bersemangat dan bertenaga. Jom sama-sama kita amalkan :)




No comments: