mai2 klik

u follow i..i follow u back..hehehe

19 June 2013

Terpisah

Alhamdulillah. Hari ini anak kucing dah berpindah tuan. Rasa sedih pula walaupun tak berapa berani dengan kucing. Rasa bersalah pisahkan anak kucing dengan mak kucing. Harap2 semuanya selamat dan sihat2 sahaja serta gembira dengan tuan baru.

Seperti mana yang kita tahu, Abu Hurairah digelar bapa kucing disebabkan rasa cinta dan sayang yang tinggi kepada haiwan tersebut. Malah,banyak kisah2 pengajaran yang kita dengar berkaitan dengan kucing ini.

Apa pun kepada semua pencinta kucing, seribu tahniah saya ucapkan kerana kalian merupakan pencinta kucing. Mudah2an satu hari nanti aku jua akan menjadi pencinta haiwan ini.

15 June 2013

kisah suami isteri :)

satu

Jika lelaki sedang marah, jangan kata apa-apa. Diam sahaja dan hidangkan air kepadanya. Selawat, doakan dan hembus, “Ya Allah, lembutkan hati suamiku sebagaimana Engkau melembutkan besi kepada Nabi Daud”. Pahala menghidangkan air segelas untuk suami yang baru balik ke rumah lebih baik ganjarannya berbanding puasa setahun.


dua

Ketika memasak, dan membasuh beras, amalkan doa daripada hadis Qudsi yang bermaksud, “Ya Allah, Sesungguhnya Engkau Tuhan kami dan Tuhan mereka, hati kami dan hati mereka dalam genggaman-Mu. Sesungguhnya Engkau menguasai atas mereka”. Genggam beras dan bayangkan wajah ahli keluarga dan doakan mereka.


tiga

Suami akan semakin sayang jika isteri masak dengan air tangannya sendiri. Sepatutnya banyakkan berselawat, berzikir dan berdoa ketika disediakan. Masak juga dengan penuh kasih-sayang. Sediakan makanan yang panas dan belum berusik untuk suami. Asingkan makanan untuk suami jika suami balik lambat. Belajar tentang selera suami daripada ibu mertua.



Sumber:Tanyalah Ustaz, Ustaz Mohd Hanafiah Abdul Malek

23 May 2013

Doktor Gigi

Dalam banyak2 doktor~

Doktor gigi la paling menakutkan~

Minggu depan nak kena buat medical checkup untuk jawatan PPPS~

Harap2 dapat doc yang ok, yang xcheck semangat2 sangat.

Takut T_T

18 May 2013

Selamat hari guru

Semua orang adalah guru kepada diri sendiri. Kepada orang disekeliling kita. Didik lah diri dengan tidak meninggalkan orang sekeliling kita yang menjauhi Allah dengan menarik mereka mendekati Allah. Kerana tidak mustahil mereka menjadi lebih baik dari kita. Kadang kala Allah mengurniakan orang yang menjauhi Allah berdekatan dengan kita supaya kita mendidik dan membimbing mereka tanpa jemu sehingga mereka menemui nikmat Islam dan Iman~






justforudear~

Jadilah pendidik yang baik sepertimana yang telah diajar oleh Allah dalam Surah An-Nahl ayat 125. Allah swt berfirman : 'Serulah(manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik'.

Abah~

Untukmu Abah~ Terima kasih atas segalanya~ 

Moga sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah sentiasa. Moga syurga milik ayah ibu dan seluruh ahli keluargaku. Moga terhindar dari segala malapetaka dan azab api neraka. Aamiin~



Kekuatan~

Dikala hati diuji dengan dugaan~ Hanya kekuatan yang ku cari. Agak aku tidak terus lemah. Terus meminta dan menagih pada yang tak pasti.

Kadang kala kekuatan di dalam diri akan terus wujud dan kental di jiwa selepas diuji dengan seribu satu dugaan~

Bukankah sudah kita ketahui, sebagai hamba Allah kita akan sentiasa diuji demi menuju syurga yang indah~

Kekuatanku bina dikala hati merasa sangat lemah, sangat sedih, sangat teruji memerlukan ketahanan dan fikiran yang sangat positif~

Kekuatanku selidik, ku selak helaian demi helaian supaya aku menjumpai kekuatan yang pernah aku bina dalam diri ku, kerana aku yakin setiap rencana Allah adalah yang terbaik~

Biarlah Allah menentu dan menjelaskan semuanya. Cukuplah semua ini~

Berjauhan dan menjauhi bukan bermakna benci tapi hanya ingin kurangkan dosa di dalam hati.


05 May 2013

Malaysia Elections Day


selamat mengundi.

selamat membuat pilihan yang bijak.

Moga Allah sentiasa merahmati dan meredoi semuanya. 
Moga keputusan adalah yang terbaik untuk menuju akhirat kelak. Aamiin :)

27 April 2013

Berbakti kepada ibubapa yang sudah tiada

[ Bagaimana untuk terus berbakti kepada Ibu bapa walaupun mereka sudah tiada?]

Daripada Malik b.Rabi`ah bahawasanya seorang lelaki dari Bani Salamah bertanyakan kepada Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam:" Wahai Rasulullah,adakah masih boleh aku berbakti kepada kedua orang tuaku dgn sesuatu yg bolej aku berbakti kpd mereka selepas kematian mereka? Jawab Rasulullah sallallahu'alaihiwasallam: " Ya,

1)Doakan mereka berdua,

2)Istighfar(memohon ampun)kepada mereka berdua

3) Melaksanakan janji(wasiat,nazar,hutang dll) bagi mereka berdua

4) Sambungkan hubungan silaturrahim yang disebabkan oleh mereka berdua

5) Memuliakan sahabat-sahabat mereka.

[ HR Abu Daud,Ahmad,Ibnu Majah,Ibnu Hibban,Al-Bukhari dlm Al-Adab Al-Mufrad 
no:35,dalam sanadnya ada perawi yang majhul,hadith lemah namun matannya benar,insyaAllah ]

- Ustaz Muhammad Fashan -

Dear Allah


pls..always wif me...love U Allah 

24 April 2013

menjaga hati

sukar sebenarnya. menjaga hati sentiasa dan menjaga hati orang lain. kadang kala. kita sangka tindakan kita sudah cukup untuk menjaga hati orang lain. realitinya tidak.

benar apa yang diajar oleh kekasih Allah. Nabi Muhammad saw. bercakap jujur. bercakaplah jujur dalam apa jua keadaan dengan cara sangat berhemah. jujur itu kadang kala pahit untuk ditelan, namun manis diakhirnya. 

dengan bercakap jujur, mungkin sesetengah pihak merasakan kita tidak menjaga hati mereka. walhal dengan jujur itulah kita menjaga hati mereka. bila kita jujur, harapan mungkin musnah. namun, harapan itu musnah untuk tempoh yang tidak terlalu lama.

berbanding kita membiarkan harapan dalam diri seseorang penuh dengan ketidakjujuran kita. dan apabila kita hati yang dulu berasa kurang senang dan tenang. maka ianya bertambah dengan rasa senang dan tenang bila kita tidak jujur.

kembalikan fitrah hati, kembalikan fitrah kejadian kita. yang sentiasa inginkan kebaikan, yang sentiasa ingin membuat kebaikan. jangan dilanggar fitrah ini kerana hati hanya gembira sementara namun dipenuhi dengan rasa bersalah.

jaga lah hati kita dengan doa. jaga lah hati orang lain dengan doa supaya dia memahami.




Sebelum tidur


*hok aloh. comey bangat :)*


Rasulullah berpesan kepada siti Aisyah ra.

“ Ya, Aisyah! Jangan engkau tidur sebelum melakukan empat perkara yaitu :

1. Sebelum khatam al-Quran
2. Sebelum menjadikan para nabi bersyafaat untukmu di hari kiamat
3. Sebelum para muslimin meridhai engkau
4. Sebelum engkau melaksanakan haji dan umrah “

Bertanya siti Aisyah :
“Ya Rasulullah ! bagaimana aku dapat melaksanakan empat perkara seketika? “

Rasul tersenyum dan bersabda :

1. “Jika engkau akan tidur , membacalah surat al –Ikhlas tiga kali
Seakan-akan engkau telah meng-khatamkan Al-Quran

” Bismillaahirrohmaan irrohiim,
‘Qulhuallaahu ahad’ Allaahushshamad’ lam yalid walam yuulad’ walam yakul lahuu kufuwan ahad’ ( 3x ) “

2. "Membacalah shalawat untukku dan untuk para nabi sebelum aku" maka kami semua akan memberimu syafaat di hari kiamat “

“ Bismillaahirrahmaan irrahiim, Allaahumma shallii ‘alaa Muhammad wa’alaa aalii Muhammad ( 3x ) “

3. “Beristighfarlah” untuk para mukminin maka mereka akan meridhai engkau

“ Astaghfirullaahal adziim aladzii laa ilaaha illaa huwal hayyul qoyyuum wa atuubu ilaih ( 3x )

4. Dan perbanyaklah “bertasbih, bertahmid , bertahlil dan bertakbir” maka seakan-akan engkau telah melaksanakan ibadah haji dan umrah

“ Bismillaahirrahmaan irrahiim, Subhanallaahi Walhamdulillaahi walaailaaha illallaahu allaahu akbar ( 3x )

( Tafsir Haqqi)

23 April 2013

MU

Tahniah MU. glory glory MU ;) . even lama tak layan bola tapi dari dulu sampai lani. MU ja pilihan hati. 

teringat zaman muda-muda dulu. lani remaja, tak tua lagi. hihihi

selalu berjaga tengok F1 dengan ayah. layan bola sorang2 sebab ayah tak suka tengok bola. mak lagi la triple xsuka tengok bola, F1 lagi la. 

dekat asrama dapat kawan2 yang layan benda sama. tidur awal2 lepas tu pagi2 berjaya layan bola. esok p kelas, masing2 blur. tak sabar2 nak balik. nak lena. 

seronok sangat. harap2 boleh luangkan masa macam ni lagi. even penat tapi seronok bila masa bersama, buat benda sama-sama.

walaupun 5tahun belajar. daripada seribu kawan. seorang ja saya percaya. susahnya saya nak percaya orang. mm.




cinta

apa tu


aku tak pernah tahu

apa sebenar maksudnya

sering kali ku dengar

manusia menyebutnya



namun mulutku berat

menyebut perkataan itu

kerana aku lansung tak pernah

memahami apa itu cinta




yang ku tahu

ku pasti memahaminya

bila aku bernikah

kerana itulah maksud

CINTA padaku.

18 April 2013

celaka, selamat, hapuskan dosa, tingkatkan darjat

“Hati tersentap seketika pada sebuah sabda Nabi SAW yang begitu mendalam maksudnya. Ia telah direkodkan oleh At-Thabrani.

Ada tiga perkara yang membuat kita celaka.

1-Kedekut.
2-Tewas kepada nafsu.
3-Bangga dengan diri sendiri.

Ada tiga perkara yang membuat kita selamat.

1-Adil dalam setiap tindakan.
2-Berbudi pekerti mulia sesama manusia tidak kira siapa.
3-Takut kepada Allah saat terbuka (ada orang melihat) dan saat sunyi.

Ada tiga perkara yang dapat menghapus dosa.

1-Tunggu masuk waktu solat.
2-Berwhuduk pada pagi hari yang sejuk. (bangun awal untuk beribadah)
3-Melangkah kaki untuk solat berjamaah.

Ada tiga perkara yang dapat meninggikan darjat.

1-Memberi makan kepada orang lain.( Bersedekah )
2-Memperbanyakkan salam. (Public Relation yang baik)
3-Mendirikan solat pada malam hari saat orang nyenyak tidur (qiamullail)”

16 April 2013

Hidup selepas mati

JAGALAH 7 SUNNAH NABI S.A.W




»» Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

»» Kedua: membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

»» Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

»» Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

»» Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

»» Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu.

Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.


» Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Zikir adalah bukti syukur kita kepada Allah. Bila kita kurang bersyukur, maka kita kurang berzikir pula, oleh kerana itu setiap waktu harus selalu ada penghayatan dalam melaksanakan ibadah ritual dan ibadah ajaran Islam lainnya

“Cerdasnya orang yang beriman adalah, dia yang mampu mengolah hidupnya yang sesaat, yang sekejap untuk hidup yang panjang. Hidup bukan untuk hidup, tetapi hidup untuk Yang Maha Hidup. Hidup bukan untuk mati, tapi mati itulah untuk hidup.



sumber : fb pakardiarihati

bernikahlah *sweet*

bernikahlah,

sudah diciptakan dua insan yg hidup di dunia,

takdir Allah yang menyatukan jodoh manusia,

mengingatkan hati yang hidup ini hanya sementara,

jangan lagi kau memikirkan harta benda semata.



berbahagialah manusia,

kepada manusia yang sudah menemukan fitrahnya,

bagi membentuk keluarga yang sakinah,

bernikahlah engkau segera,

apabila saatnya sudah tiba,

jangan jadikan alasan bagi menunda. ♥



*buku Apabila hati rindu menikah*

11 April 2013

The Prophet's Lifestyle


* Mari berselawat *

lavender


kenangan di lavender farm aussie.

sedap ja dok sana. dengan suhu yang sejuk.

bau lavender yang telah diproses.

lavender ni kena ambil bunga dia, gosok2 dekat tangan.

baru bau wangi bunga dia.

memang best =)

i wish i could stay there.

10 April 2013

syukur





“Lihatlah orang yang di bawah kamu dan jangan melihat orang yang di atas kamu kerana dengan (melihat ke bawah) 

lebih pantas untuk kamu tidak meremehkan nikmat Allah yang dilimpahkan-Nya kepada kamu.” 

(HR. Al-Bukhari dan Muslim) 


p/s : moga kita menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur di kala susah dan senang. Aamiin



Pls. =(

pls keep helping them. 


pls, pls.

never forget bout them.

pls, pray for them.

they need our dua

not only our money.



09 April 2013

T.I.M.E




وَالْعَصْرِ

"Demi masa"


إِنَّ الْإِنْسَانَ لَفِي خُسْر
"Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian"

إِلَّا الَّذِينَ آمَنُوا
"Kecuali mereka yang beriman"


وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ

"Dan beramal soleh"


وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ
"Dan saling berwasiat dengan kebenaran"



وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ
"Dan saling berwasiat dengan kesabaran"


Surah Al-'Asr

Maka, sebagai ibu & ayah. Gunakanlah masa sebaik mungkin dengan anak-anak.

Didik lah mereka dan penuhi jiwa mereka dengan kasih sayang.

Supaya mereka sentiasa memberatkan hati dalam melakukan dosa

dan

meringankan hati dalam melakukan pahala.



*fb yk*




* fb yk *

Bila hati

Bila hati rasa sunyi, aku cuba hiburkan.

Bila hati rasa teruji, aku cuba bersangka baik.

Bila hati rasa gembira, aku cuba meminimumkan rasa itu.

Bila hati rasa sedih, aku cuba menghapuskan rasa itu.

Bila hati tercari-cari, aku mula memilih melupakan.

Ya, melupakan dan menganggap apa pun tidak pernah berlaku.

Kerana ianya baik untuk hati ku daripada mungkin terluka.

* i'm learning *


08 April 2013

Learn




I learn to be better person.


I learn to be great person.

I learn to be awesome person.

I learn to be understanding person.

But it hard to be perfect woman. 

Hope one day, i will meet some who can accept me

and i also will accept him

without condition

of coz, Lillahita'ala =)

04 April 2013

Alhamdulillah. Thank you Allah :)


Akhirnya. Selepas 5 tahun 6 bulan :)


perbezaan 3 jenis manusia ketika menuntut ilmu :

1) menuntut ilmu semata2 nak tahu itu tidak tahan lama.
2) menuntut ilmu kerana mengharapkan sijil itu mengurangkan ilmu.
3) menuntut ilmu kerana ingin mengajar pulak orang lain itu menambahkan semangat dan istiqomah

dalam Hadis Nabi saw ada membawa konsep yakni " belajarlah kamu " dan " ajarkannya kepada orang lain " maka tanamkanlah cita-cita " aku belajar dan aku akan ajar pula orang lain " keinginan seperti itu insyaallah akan membuat anda istiqomah dalam menuntut ilmu dan menguasai ilmu yang anda pelajari. 

Moga menjadi seorang guru yang ikhlas mendidik kerana Allah :) ingat lagi kata-kata pengerusi SPP. Mengajarlah sehabis baik seolah-olah dihadapan kita adalah anak kita. Supaya orang lain jua akan mengajar anak kita sehabis baik. :)

For u :)



"Suami yang baik bukanlah suami yang menyerahkan apa adanya pada isterinya. Tetapi suami yang baik adalah suami yang 'HALIM'. 'Halim' maknanya ialah sabar, tidak cepat marah ketika isterinya kurang akal.

Bilakah seorang isteri kurang akal? Yakni ketika isterinya sedang marah. Lalu dia bersabar, maka itulah suami yang paling baik..." Imam Al-Ghazali



p/s : pls b Halim Husband, pls understand me :)

Sayang

Dia yang disayangi. Dia yang paling dirindui. Keegoaan nya membuat hatiku semakin berusaha mendekatinya.


*sudah mandi sibuk nak letak bedak sendri :)*



*sedap dak ayam masak kicap makcik hanan*


I miss they so much Hanan Hadirah, Nuha Amani & Adam Erfan!! Love u always. 


Betul orang cakap, bila kita dengan kanak2 ini. Kita rasa aman, bahagia dan tenang sangat hati. Rasa bebas dari segala beban dan sangkaan dalam hati. Kanak-kanak sentiasa ikhlas dan tulus dalam apa jua tindakan mereka. Malah, yang paling gembira adalah mereka sentiasa hadiahkan dengan doa. Saya terus mengaminkan. Doa mereka tiada hijab untuk terbang bertemu Allah. Kerana mereka anak-anak kecil. Biiznillah :)

Gambar Berbicara


Bila tengok gambar ni. Rasa macam 'Biarlah gambar berbicara, moga mengambil seribu satu pengajaran daripada gambar ini'





p/s : semakin kita mendekati, semakin dia menjauh. mungkin kita perlu sama menjauhi supaya sampai masa saling mendekati dengan izin Nya

25 March 2013

Perkahwinan

PERKAHWINAN

dengarnya indah dan bahagia


namun beribu-ribu ujian dan dugaan akan melanda

perkahwinan bukan mudah yang disangka

andai ilmu tiada di dada.

isilah perkahwinan dengan ilmu.

mencari ilmu tanpa henti

walaupun sudah berumahtangga

kerana dengan ilmu

dapat mematangkan seseorang

dapat mengubah diri seseorang

dapat mengubah si kedekut kemaafan 

menjadi si kaya kemaafan

laluilah alam rumah tangga

dengan penuh rendah diri dan ego

isikan lah diri dengan sifat sabar dan syukur

dengan semaksimum mungkin

fahamilah mencari yang sempurna

lebih menyakitkan daripada

berusaha berubah menjadi yang terbaik.

moga kita semua menjadi pasangan suami isteri yang soleh dan solehah penyejuk mata hati satu sama lain. Aamiin

Kekurangan diredoi, kelebihan disyukuri.



Masalah

Assalamualaikum. Hari ni ramai kawan2 yang cerita macam2 masalah depa. Bila fikir2 balik, rasa lawak pun ada. Yala, teringat satu kata2. Bila orang marah, jangan marahkan dia balik. Biar dia luahkan semuanya. Sejuk kan dia perlahan-lahan.

Bila kita dalam keadaan marah, tertekan. Emosi jadi tidak stabil. Maka, kita akan berkata sesuatu yang kadang kala kita tidak berniat berkata demikian.

Masalah adalah ujian dan tarbiyah dari Allah. Mana mungkin Allah kurniakan sesuatu yang sia2. Hargailah ujian dengan syukur dan sabar. Pohon ampun kepada Allah, pohon bantuan daripada Allah. Mana tau dugaan ini adalah kifarah dosa-dosa kita yang kita tidak sedar.

Pada saya, biarlah Allah menduga kita dengan kesusahan, dengan kurang kemewahan hidup, dengan pelbagai dugaan kesusahan berbanding ujian berbentuk kesenangan. Bila marah, istigfar lah. Bila marah, lupakan semua masalah itu. Ambil lah yang positif. Abaikan mereka supaya kita sentiasa bahagia. Erti hidup adalah memberi.

Beri lah dengan hati penuh keikhlasan. Biar lah Allah yang mengadili semuanya. Biar lah manusia terus menerus tidak menghargai tetapi Allah sentiasa menghargai kita. Teringat ceramah petang tadi. Ustaz Muhammad Abdullah. Bila hati marah, tertekan. Usah dilayan perasaan itu terlalu melampau2 kerana yang menang bukannya kita tetapi syaitan.





Mengalah bukan kalah, itu tanda anda matang dalam mencari pendamaian.
Jika dengan marah dan pertengkaran itu boleh membinasakan hubungan,
 kenapa masih pilih cara itu??? Kemarahan tidak memuaskan hati,
tetapi melemahkan hati.


p/s : minimumkan marah dan tekanan dalam hidup. maksimumkan sabar dan rendah diri. :)

20 March 2013

ego

Ada kala ego membawa kebaikan

namun banyak masa ego membawa kemusnahan

tak semua insan akan memahami dan mengetahui

masalah anda atau masalah yang telah dibuatnya

apabila anda ego

takdak manusia yang sempurna dalam dunia

saling memahami lah

antara satu sama lain

saling bimbing membimbing



14 March 2013

Sunnah-sunnah Rasulullah Ketika Bagun Dari Tidur

Assalamualaikum. Alhamdulillah atas semua nikmat kurniaan Allah. Insyaa Allah minggu ni dan minggu depan nak berkongsi mengenai Amalan Rasulullah dalam kehidupan baginda.

Amani pernah terbaca. Sheikh Nurudin cakap kalau tak silap. 'Bawalah nabi ke rumahmu dengan mengamalkan sunnah baginda ke dalam kehidupan mu'

Ok. Hari ni amani nak kongsi

SUNNAH RASULLULLAH KETIKA BANGUN DARI TIDUR :)

Pertama : Sapu muka menggunakan tangan

"Rasulullah saw bangun daripada tidur lalu beliau duduk sambil menyapu kesan2 tidur pada wajahnya (Direkodkan oleh Muslim)"


Kedua : Membaca doa bangun tidur.

[image-01-1.gif]

"Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas Dia mematikan kami (tidur) dan kepada Nya kami akan dibangkitkan (Direkodkan oleh Bukhari)


Ketiga : Bersugi

"Rasulullah saw apabila bangun daripada tidur, beliau menggosok giginya menggunakan siwak (kayu sugi)" direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.


Sumber rujukan adalah buku dibawah :


 





06 March 2013

PESAN UNTUK SETIAP AYAH DAN IBU



Anakmu suka berdusta ; anda terlalu ketat mengongkong perbuatannya.

Anakmu tidak punya rasa percaya diri ; anda tidak memberikan dorongan kepadanya.

Anakmu lemah dalam bicara ; anda jarang mengajaknya berdialog.

Anakmu mencuri ; anda tidak membiasakannya untuk memberi dan berkorban.

Anakmu pengecut ; anda terlalu memberikan pembelaan kepadanya.

Anakmu tidak menghormati orang lain ; anda tidak bicara dengan kelembutan kepadanya.

Anakmu selalu marah-marah ; anda tidak memberikan pujian kepadanya.

Anakmu kedekut ; anda tidak menyertakannya dalam berbuat.

Anakmu suka jahat kepada orang lain ; anda kasar kepadanya.

Anakmu lemah ; anda menggunakan ancaman dalam mendidiknya.

Anakmu cemburu ; anda mengabaikannya.

Anakmu mengganggumu ; anda tidak mencium atau mendekapnya.

Anakmu tidak mau patuh kepadamu ; anda terlalu banyak permintaan.

Anakmu bermasam muka ; anda sibuk terus.

Anakmu adalah amanah yang harus dirawat dan dididik dengan baik.

(DR. Thariq al Habib)


26 February 2013

Pengalaman Temuduga SPP

Assalamualaikum. Hari ni amani nak kongsi pengalaman temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan.

Antara soalan yang dikemukakan adalah :

26/2/2013 (di IPG KPM oleh Panel SPP En Gurdev Singh A/L Gurnam Singh)


1- kenapa stesen KTM Tanjung Pagar ditutup?
2- Stesen kereta api yg pertama, dibina dari mana ke mana?
3- dlm byk sultan,sultan johor ada lesen bawak keretapi.. berapa kali sultan johor bawak keretapi?
4- berapa harga (RM) naik River Cruise kat melaka?
5- Berapa ramai pelancong datang melawat melaka dalam setahun..
6- nilai2 murni ada 16, cukupkah/memadaikah 16 nilai shj..(pppm)
7- situasi : suatu hari, ibu bapa murid pra datang ke sekolah mengadu anak dia, ada lebam di bahagian telinga. dia mengugut utk melaporkan kpd polis. apa tindakan anda?

25/2/2013 (di IPG Ipoh)



- nkra
-ppsmi
-ujian formatif
-aspirasi ngara
-pppm
-Integriti
-linus
-kemahiran kbkk dlm math,aktiviti,
-soalan yg kena cop xbersdia- pbs-nama fail2..


20/2/2013 (di IPG KSAH oleh Datuk Normah)
1. Apakah yang perlu dilakukan oleh Msia utk capai Wawasan 2020
2. Sebab Malaysia mahu capai Wawasan 2020.
3. Apa yang dimaksudkan dengan negara Berpendapatan Tinggi.
4. Dalam PPPM, apa yang berkaitan dengan LINUS?
5. KBKK - Jika murid tak reti KV.KVK,KVKV, apa tindakan anda sebagai guru untuk menarik minat murid belajar.

25/2/2013 (di IPG KPM oleh 
En Gurdev Singh A/L Gurnam Singh)
1. Sudah brapa kali mjlis raja2 bersidang?
2. Bil. Timbalan di bawah Tun Mahathir.
3. Kandungan dlm pekeliling tahun dahulu kala tentang keselamatan di sekolah.
4. Tindakn susuln anda jika MBMMBI dimansuhkan.
5. KBKK tentang pemulihan khas.




23 February 2013

My new blog

Assalamualaikum :)

Harap2 semuanya sihat dan sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah sentiasa. Aamiin. Alhamdulillah, hari ni tercapai juga satu hajat iaitu blog masakan.

Walaupun saya tak pandai memasak tapi saya sangat2 berminat nak belajar masak dan cuba pelbagai resepi baru :)

Alhamdulillah, blog baru saya bernama jeng jeng jeng...





Amacam. Comel x header dia? Harap2 kawan2 sudi follow blog kedua saya dan sudi berkongsi resepi serta tip masakan. Saya budak baru belajar, bila beri tunjuk ajar. Moga allah balas segala kebaikan kalian.


12 February 2013

Istilah

Sebagai manusia kita harus ingat dan jangan berpegang pada prinsip.




'i'm the best. saya paling baik'



walaupun anda seorang ibu, seorang ayah, seorang anak, seorang boss atau sesiapa sahaja kerana istilah dan prinsip tersebut membuatkan manusia sentiasa memandang rendah terhadap orang lain, tidak mahu menerima teguran orang lain dan berasa diri mereka paling hebat dan betul.

11 February 2013

Hati

Hati manusia adalah berbeza-beza. Maka, nasihatilah dia dengan sebaik mungkin. Kenali dan berkawan baik dengan nya supaya kita dapat menggunakan kaedah menasihati yang betul dan dapat memberikan kesan pada hati.

Cara kita menasihati sesorang itu dengan kasar dan nada perli. Akan membuahkan kesan yang sangat negatif. Fahamilah wahai ibu bapa, sahabat handai serta orang-orang sekeliling. Dekati mereka yang ingin berubah, yang ingin kembali ke pada fitrah. Jangan diungkit kisah silam mereka yang lalu. Nasihati lah mereka dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan dalam hati agar ianya terpancar di riak muka, nada suara dan suara hati nasihat yang kita cuba sampaikan.

Saya pernah dengar satu ceramah. Penceramah ada berkata ' andai kita nasihat dan bercakap itu dengan niat memberikan nasihat. insyaa Allah aura yang sampai sentiasa positif dan dapat diterima walaupun mungkin cara nasihat yang digunakan kasar (bersesuaian dengan orang tersebut)' apa yang penting NIAT~

Laksanakan dan lakukanlah segala-galanya hanya KERANA ALLAH.






















03 January 2013

4 Tahap Mendidik Anak Mengikut Sunnah Rasulullah SAW



PERTAMA:
Umur 1-7 tahun. Pada masa ini, Rasulullah SAW menyuruh kita untuk memanjakan, mengasihi dan menyayangi anak dengan kasih sayang yang tidak berbatas. Biarkan anak-anak bermandikan kasih sayang pada tahap ini.

KEDUA
Umur 7-14 tahun. Pada masa ini Rasulullah SAW menyuruh kita untuk mula menanamkan DISIPLIN kepada anak-anak dengan mengajar dan menyuruh mereka untuk mengerjakan solat. Bahkan apabila umurnya sudah sepuluh tahun, seorang ayah boleh memukul anaknya jika enggan mengerjakan solat.

Rasulullah SAW bersabda. “Perintahkanlah anak-anak kamu untuk sembahyang pada usia tujuh tahun; dan pukullah mereka kerana meninggalkannya pada usia sepuluh tahun; dan pisahkanlah di antara mereka (anak-anak kamu) di dalam tempat tidur.” – Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim

Berdasarkan pakar-pakar jiwa anak, sememangnya pada umur 7-14 tahun ini masa terbaik untuk menanamkan disiplin dan pembentukan sahsiah seorang anak. Pada fasa inilah seorang ayah akan menjadikan anak itu seorang muslim atau Yahudi, Nasrani dan Majusi seperti yang dikatakan oleh Rasulullah SAW dalam hadisnya bahawa setiap anak yang lahir dalam keadaan suci. Maka, ayah dan ibulah yang akan mencorakkannya.

KETIGA
Umur 14-21 tahun. Pada masa ini orang tua sudah MENUKAR penanaman disiplin dengan cara yang agak KERAS kepada yang RASIONAL. Orang tua sudah semestinya mendidik anak dengan cara menjadikannya sahabat dalam berdiskusi, mengajaknya ikut dalam membincangkan masalah keluarga dan diberikan satu-satu tanggungjawab dalam hal-hal tertentu di rumah. Hal ini penting agar anak berasa dirinya punyai tanggungjawab mengambil berat hal-hal dalam keluarga.

KEEMPAT
Umur lebih 21 tahun. Pada masa ini, orang tua sudah boleh melepaskan anaknya untuk belajar menempuh hidup akan tetapi tetap melihat perkembangannya dan memberikan nasihat serta peringatan-peringatan apabila anak tersalah atau terlupa.

Dalam kehidupan kita sebagai orang Islam, kadang-kadang pendidikan yang diajar oleh Rasulullah SAW itu tidak benar-benar diamalkan, bahkan ramai yang tidak mengamalkannya sama sekali.

Ada orang tua yang terlalu memanjakan anak sehingga umur 14 tahun dan baru mula mengajar dan menyuruhnya solat pada usia mereka 15 tahun sehingga mereka bukan sahaja enggan melakukannya malah marah kepada ibu bapanya. Jika kewajipan yg tertinggi (iaitu solat) yang telah diperintahkan ALLAH SWT Yang Maha Agung diabaikan apatah lagi dengan perintah dan suruhan orang lain termasuk ibu bapanya.

Kesimpulannya, masalah disiplin dan jenayah remaja dan pelajar muslim berkemungkinan terjadi kerana rapuhnya pendidikan iman dan cara didikan yang salah. Sebahagian ibu bapa menafikan hal ini kerana mereka tidak sedar kekerasan dan cara pendidikan yang mereka terapkan kepada anak-anak adalah secara membuta tuli tanpa melihat perkembangan umur anak-anak sehingga anak terasa dizalimi dan seterunya membesar dengan perasaan marah dan dendam kepada ibu bapa.

Sekiranya sebelum ini anda leka….Ianya masih BELUM TERLAMBAT…ajarlah dan ajaklah anak-anak anda untuk SOLAT….kerana ianya kunci bagi segala-galanya permasalah didunia ini…

Sabda Rasulullah SAW : “Solat itu tiang agama, barangsiapa yang mengerjakannya maka ia menegakkan agamanya dan barangsiapa yang meninggalkannya ia meruntuhkan agamanya.” – Hadis riwayat Al-Bahari dan Muslim

Dari Abdullah r.a., sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, “Ditegakkan Islam atas lima perkara: pengakuan syahadah iaitu tiada Tuhan yang disembah dengan sebenarnya melainkan ALLAH, pengakuan bahawa Nabi Muhammad itu Rasulullah, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, menunaikan fardhu haji dan berpuasa di bulan Ramadhan.” – Hadis Riwayat Muslim