mai2 klik

u follow i..i follow u back..hehehe

16 December 2012

Lemah Iman, Punca dan Penawar

Assalamualaikum. Cuti sekolah ni ramai orang melansungkan pernikahan. Alhamdulillah. Tahniah kepada semua yang telah mendirikan rumahtangga. Nangis2 la encik syaitan. Hari nie saya ada terbaca something. I think i should share with u all. Jom baca Ciri-ciri lemah iman, punca dan penawarnya :)

Diantara ciri-ciri lemahnya iman :

1) Apabila melakukan maksiat, tidak merasa takut pada Allah s.w.t.
2) Keras hati.
3) Tidak melakukan ibadat secara itqan(secara baik).
4) Malas dalam beribadat.
5) Rasa sempit dada dalam pengamalan Islam.
6) Tidak terkesan dengan bacaan al-Quran.
7) Lupa untuk berzikir pada Allah.
8) Tidak merasa marah bilamana maruah Islam dicabar.
9) Suka menonjolkan diri.
10) Sifat bakhil ada dalam diri.
11) Berkata seseorang dengan sesuatu yang dia sendiri pun tidak
beramal.
12) Gembira dengan musibah yang melanda umat Islam.
13) Apabila melihat sesuatu bencana alam, hanya mengatakan
ianya musibah alam tanpa mengaitkan ia adalah bala daripada
Allah s.w.t.
14) Memandang rendah perkara-perkara baik.
15) Tidak mengambil berat tentang isu umat Islam.
16) Tercabutnya kasih sayang persaudaraan sesama umat Islam.
17) Hilang perasaan tanggungjawab terhadap agama.
18) Merasa takut bila turunnya bencana, musibah.
19) Banyak berbantah,berkelahi.
20) Hati banyak terikat dengan dunia.
21) Percakapan yang tidak berasaskan fakta (nas,dalil) seperti
penyebaran hadis palsu.
22) Terlalu terlampau dalam menjaga keperluan diri.


Diantara perkara-perkara yang perlu diberi penekanan untuk memperbaharui iman:

1) Sentiasa memperbaharui kefahaman tentang Islam supaya
memahami Islam secara jelas.
2) Membaca dan mentadabur al-Quran.
3) Rasa keagungan Allah s.w.t.
4) Menuntut Ilmu.
5) Banyakkan berzikir pada Allah dan jadikan ia amalan harian.
6) Perbanyakkan ibadat.
7) Banyak berdoa moga dihindarkan daripada mati dalam keadaan suu'ul khatimah.
8) Banyak fikirkan akhirat.
9) Banyakkan mengingati mati.
10) Banyakkan berdoa pada Allah s.w.t supaya diberi keimanan
yang sempurna.


sumber : FB 
Dr Abu Anas Madani

boleh dengar ceramah dengan lebih terperinci dekat link nie ye http://www.youtube.com/watch?feature=player_embedded&v=kDXgIb2koNw


13 December 2012

sabar

Assalam. Hari nie dok bersuka ria, tengok cerita. Selalu malas nak tengok tv1 & 2. Tak tau sebab apa. Hehe. Tapi harinie berubah la. Tiba2 bukak tv 2. Ada cerekarama. Tajuk apa ntah. Bagus sangat cerita nie. Ada dialog yang buat ku tertarik. Jom baca dialog tu.


ayah : sabar
anak : sabar? apa kita boleh buat dengan sabar
ayah : hikmah. kita akan jumpa hikmah. setiap kejadian dan dugaan Allah pasti ada hikmah.

sedutan dialog dari cerita tv2 sekarang nie (2.30ptg) ;)

Ya Allah, jadikanlah kami hambaMU yang sentiasa bersabar dalam apa jua keadaan. Mudah-mudahan kami menjadi hambaMU yang sentiasa bersabar. Aamiin 


11 December 2012

Anak jati kedah

Assalamualaikum.

Sapa anak jati Kedah angkat kening. Hehehe ;) Ok, geng2 anak jati Kedah. Amani nak mintak tolong sikit.

Kalau Amani jejak kan kaki ke Kedah Darul Aman, makanan apa yang patut rasa? Ayat mudah, makanan pamous dekat kedah.




Lakukanlah Qailullah untuk berjaya

Assalamualaikum. Hari nie saya nak kongsi salah satu amalan harian yang boleh kita lakukan. Amalan tersebut adalah qailulah atau tidur sebentar sebelum sebelum zohor.

Sabda Rasulullah S.A.W:
"Lakukanlah qailulah, kerana sesungguhnya syaitan itu tidak berani untuk melakukan qailulah". (Riwayat Al-Thabrani).

Syaitan tidak melakukan Qailulah, oleh itu orang-orang mukmin yang melakukan Qailulah atau tidur sejenak sebelum solat Zohor selama 10-40 minit akan memperolehi kerehatan yang cukup, sehingga membolehkannya melakukan ibadat dengan sempurna sepanjang hari.

Jika hendak menjadi lebih segar, fokus dan produktif, cuba praktikkan sunnah rasulullah ini dengan istiqamah.

Adalah sunat sekiranya kita sekiranya kita tidur sebentar sebelum Zohor. Tidurlah sekadar sebagaimana yang disyorkan Islam, ditunjukan oleh Nabi S.A.W iaitu tidur sebelum zohor dan selebihnya pada siang hari menguruskan pentadbiran dunia.

Oleh itu, kita boleh lakukan walaupun hari kita bekerja. Sebagai contoh, orang yang kerja pejabat boleh tidur sejenak dengan berniat dalam hati, Ya Allah, aku nak tidur sejenak supaya aku lebih bertenaga dan bersemangat serta dapat bangun beribadah kepadaMu pada sepertiga malam. (niatlah apa2 yang nak didalam hati). Di sekolah pula, guru mungkin boleh meminta murid tidur sebentar agar murid lebih bertenaga dan bersemangat.

Insyallah, bila bangun lebih bersemangat dan bertenaga. Jom sama-sama kita amalkan :)




10 December 2012

Syurga

Assalamualaikum.

Bila hati rasa tak tenang, tak bahagia, tak bersemangat. Kembali dan berceritalah pada Allah. Cerita denga bersungguh2 sepertimana kita nak berkongsi dengan kekasih hati. 

Setiap manusia ada masalah, ada rasa duka dalam hati namun kita yang pilih sendiri sama ada nak tunjuk atau tidak. Dulu aku suka sangat2 tunjuk perasaan aku. Tapi aku cari jalan. 

Dengan membaca buku2 motivasi lani yang berlambak2 di kedai. Aku sering ingatkan diri sendiri untuk kuatkan balik semangat yang lemah.

Syurga terlalu indah untuk insan yang melalui dugaan (hati yang diuji sehingga hilang semangat dll) yang terlalu ringan dan kecil. Syurga terlalu indah~

Kembali bersemangat. Ingatlah Allah, pohonlah kekuatan dan dipulihkan semangat dan segala kesulitan dalam diri kepada Nya disepertiga malam. Insyallah, semangat dan dirimu pasti pulih :)

05 December 2012

Doa agar hilang kinginan untuk berzina (Disarankan ibubapa mengamalkannya untuk anak-anak)


Doa agar hilang kinginan untuk berzina (Disarankan ibubapa mengamalkannya untuk anak-anak)

اللَّهُمَّ اغْفِرْ ذَنْبَهُ وَطَهِّرْ قَلْبَهُ وَحَصِّنْ فَرْجَهُ
Makudnya: Ya Allah, ampunkanlah dosanya, bersihkanlah hatinya dan peliharalah kemaluannya.

Bacakan ke atas anak ketika dia sedang tidur dengan meletakkan tangan anda di atas dadanya (anak lelaki) dan tempat yang sesuai (anak perempuan).


Cinta

Cinta itu bukan tentang mencari seseorang yang sempurna, tetapi menerima seseorang itu dengan sempurna”. Dan berkali-kali disebutkan dalam seminar ini, mencintalah karena Allah. Karena dengan mencintai karena Allah, maka semuanya terasa ringan. Ikhlas.

Ya Allah, semoga kami mengasihi dan mencintai apapun dan sesiapapun tidak melebihi daripada mengasihi dan mencintai Mu ya Allah dan rasulMu. Aamiin




04 December 2012

GEMA



[04-Dec-2012]
Total money raised for GEMA is

RM 448,754.59

RM 551,245.41 masih diperlukan untuk mencapai target RM1 juta

RM 551,245.41 is needed to achieve our target 1 million ringgit.

Sumbangan boleh dibuat atas nama ISLAMIC RELIEF MALAYSIA

Bank Islam: 12 029 01 006564 3
Maybank: 5621 4270 8704
CIMB : 1259 0000 804 058

klik link fb ini untuk mengetahui lebih lanjut. Allahuakbar!! Islamic Relief Malaysia (IRM)





Wasiat Rasulullah kepada anak baginda




Assalamualaikum. Saya terbaca nie, maka jom kita sama2 berkongsi. Kita selalu dengar sebaik-baik wanita adalah wanita solehah. Sebab apa? Sebab wanita solehah ni menyenangkan hati sang suami dan anak2. Sama juga suami soleh, kita sebagai wanita pasti merasa tenang dan bahagia andai mendapat suami soleh kan :)









Ada 10 wasiat Rasulullah kepada putrinya Fathimah binti Rasulillah. Sepuluh wasiat yang beliau sampaikan merupakan mutiara yang termahal nilainya bila kemudian dimiliki oleh setiap istri solehah.







1. Ya Fathimah, kepada wanita yang membuat tepung untuk suami dan anak-anaknya, Allah pasti akan menetapkan kebaikan baginya dari setiap biji gandum, melebur kejelekan, dan meningkatkan derajat wanita itu.

2. Ya Fathimah, kepada wanita yang berkeringat ketika menumbuk tepung untuk suami dan anak-anaknya, niscaya Allah menjadikan dirinya dengan neraka tujuh tabir pemisah.

3. Ya Fathimah, tiadalah seorang yang meminyaki rambut anak-anaknya lalu menyisirnya dan mencuci pakaiannya, melainkan Allah akan menetapkan pahala baginya seperti pahala memberi makan seribu orang yang kelaparan dan memberi pakaian seribu orang yang telanjang.

4. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang menahan kebutuhan tetangganya, melainkan Allah akan menahannya dari minum telaga kautsar pada hari kiamat nanti.

5. Ya Fathimah, yang lebih utama dari seluruh keutamaan di atas adalah keridhoaan suami terhadap istri. Andaikata suamimu tidak ridho kepadamu, maka aku tidak akan mendoakanmu. Ketahuilah wahai Fathimah, kemarahan suami adalah kemurkaan Allah.

6. Ya Fathimah, apabila wanita mengandung, maka malaikat memohonkan ampunan baginya, dan Allah menetapkan baginya setiap hari seribu kebaikan serta melebur seribu kejelekan. Ketika wanita merasa sakit akan melahirkan, Allah menetapkan pahala baginya sama dengan pahala para pejuang di jalan Allah. Jika dia melahirkan kandungannya, maka bersihlah dosa-dosanya seperti ketika dia dilahirkan dari kandungan ibunya. Bila meninggal ketika melahirkan, maka dia tidak akan membawa dosa sedikitpun. Didalam kubur akan mendapat pertamanan indah yang merupakan bagian dari taman sorga. Dan Allah memberikan pahala kepadanya sama dengan pahala seribu orang yang melaksanakan ibadah haji dan umrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan baginya hingga hari kiamat.

7. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang melayani suami selama sehari semalam dengan rasa senang serta ikhlas, melainkan Allah mengampuni dosa-dosanya serta memakaikan pakaian padanya di hari kiamat berupa pakaian yang serba hijau, dan menetapkan baginya setiap rambut pada tubuhnya seribu kebaikan. Dan Allah memberikan kepadanya pahala seratus kali beribadah haji dan umrah.

8. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang tersenyum di hadapan suami, melainkan Allah memandangnya dengan pandangan penuh kasih.

9. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang membentangkan alas tidur untuk suami dengan rasa senang hati, melainkan para malaikat yang memanggil dari langit menyeru wanita itu agar menyaksikan pahala amalnya, dan Allah mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan yang akan datang.

10. Ya Fathimah, tiadalah wanita yang meminyaki kepala suami dan menyisirnya, meminyaki jenggot dan memotong kumisnya, serta memotong kukunya, melainkan Allah memberi minuman arak yang dikemas indah kepadanya yang didatangkan dari sungai2 sorga. Allah mempermudah sakaratul-maut baginya, serta kuburnya menjadi bagian dari taman sorga. Dan Allah menetapkan baginya bebas dari siksa neraka serta dapat melintasi shirathal-mustaqim dengan selamat.

- Aidil Sahipaludin -



03 December 2012

Ayam Penyet TIDAK HALAL


Assalamualaikum. Hari ni saya ternampak satu post dalam FB. Saya rasa perlu untuk berkongsi dengan semua rakan-rakan yang beragama Islam.





Take note ya semua. Nanti kita follow up lagi dengan JAKIM :)