mai2 klik

u follow i..i follow u back..hehehe

30 November 2011

DOA UNTUK ELAK SUAMI ISTERI DAN ANAK-ANAK BERGADUH




Kata pepatah: "Sedangkan lidah lagi tergigit, ini kan pula suami isteri." Memang benar bahawa perbezaan pendapat dan kadang-kadang pergaduhan boleh berlaku dalam sesebuah rumah tangga. Allah jadikan setiap manusia berbeza dari sudut kecenderungan, minat, perwatakan, kemampuan, perangai, cara berfikir dan fizikal.

Selain faktor-faktor seperti genetik, perbezaan ini banyak dipengaruhi oleh pendedahan kepada persekitaran yang berbeza berdasarkan latar belakang keluarga, sub-budaya dan budaya. Jadi, tidak hairan lah jika suami isteri akan mengalami beberapa cabaran dalam proses penyesuaian.

Pergaduhan suami isteri bukan sahaja kerana perbezaan latar belakang. Bahkan dalam kes suami dan isteri yang datang dari latar belakang yang sama pun kadang-kadang berlaku juga perselisihan. Seribu satu kelemahan dan kekurangan yang ada pada manusia menyebabkan berlakunya perbezaan dalam keluarga. Kadang-kadang ia berpunca dari suami, dan kadang-kadang ia berpunca dari isteri. Namun dalam banyak keadaan ia adalah akibat kelemahan dan kesilapan kedua-dua suami dan isteri.

Namun baru-baru ini kita dikejutkan dengan beberapa kes yang membawa maut. Kisah suami tikam isteri kerana kejutkan untuk solat. Kisah ayah tikam anak bila anak menegur bapanya yang balik dalam keadaan mabuk. Lagi kes baru anak pukul ayah kerana kejutkan bangun untuk solat subuh dan ibu yang cuba menyeleraikan nyaris maut selepas ditolak oleh anaknya.

Jadi ikhtiar terbaik hanya memohon kepada Allah SWT supaya rumahtangga aman damai. Perselisihan faham yang baru bermula. Cepat-cepat redakan kemarahan masing-masing. Banyak beristighfar akan menyejukkan hati yang marah.

Sebenarnya, sifat marah itu dicetuskan syaitan yang dijadikan daripada api. Oleh itu ingatlah api itu boleh dipadamkan dengan air. Apabila seseorang itu marah, ambillah wuduk.

MARAH satu daripada sifat tercela (mazmumah) yang dibenci Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. Perasaan marah yang gagal dikawal sebenarnya boleh menimbulkan sifat keji lain seperti dendam, dengki, sombong dan angkuh.

Gagal mengawal emosi atau cepat naik angin biasanya berlaku ketika seseorang itu hilang pertimbangan.

Memang benar ada yang mengatakan 'aku sudah meletup, memang aku tak boleh buat apa-apa.' Tetapi lebih baik kita belajar menenangkan diri sebelum menghamburkan sebarang bentuk perkataan kepada pihak lain.

Semuga kita banyak bersabar dan mengamal surah ini untuk kebaikan rumahtangga yang harmoni.

Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya) kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya). Dalam pada itu ada juga orang-orang yang mempelajari dari mereka berdua: Ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui

DOA SUPAYA WANITA MENGANDUNG MUDAH MELAHIRKAN ANAK DENGAN SELAMAT



"Barangsiapa membaca ayat 31 dari surah ini, keatas perempuan yang hamil, nescaya ia akan melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat."


Setiap urat yang putus ketika melahirkan anak Allah beri kebajikan seperti orang naik haji. Tahniah kerana anda seorang wanita tetapi kejadian ini tidak akan berlaku sekiranya tiada kami (lelaki).

Oleh itu Islam mengalak umatnya berkahwin supaya dapat menyempurnakan proses kewanitaan menjadi seorang isteri (menikmati hubungan kelamin) menjadi seorang ibu (merasai bagaimana rasanya melahirkan anak).

Banyak faktor yang boleh menjadi penyebab kematian semasa bersalin. Salah satu daripadanya ialah kurangnya kesedaran tentang pentingnya penjagaan diri semasa hamil. Sikap suka melengah-lengahkan pemeriksaan antenatal ketika awal kehamilan sebenarnya mengundang pelbagai risiko bukan sahaja pada ibu tetapi juga pada bayi yang dikandungi.

Ibu hamil perlu sedar bahawa mereka merupakan golongan yang terdedah kepada bermacam-macam komplikasi kesihatan. Oleh yang demikian, pemeriksaan awal dan rawatan susulan perlu dilakukan untuk memantau tahap kesihatan mereka sepanjang kehamilan bagi mengelakkan risiko kematian ibu ataupun bayi semasa proses kelahiran.

Ibu yang hamil semasa mengandung eloklah mengamal doa ini selalu selepas solat dan memohon dimudahkan melahirkan anak dengan selamat termasuk bayinya

DOA SEBELUM BERSETUBUH DAN ADAB-ADAB SEBELUM BERSETUBUH PADA MALAM PERTAMA




Pada pasangan suami isteri yang sudah lama berkahwin. Malam pertama menjadi kenangan yang sangat indah dan manis untuk dikenang. Jika mahu kebahagiaan berumahtangga itu kekal ke anak cucu. Jadikan malam yang seterusnya seperti malam pertama yang dahulu. Mungkin tidak akan sama kerana keghairahan itu semakin malap kerana ditelan usia seperti penulis yang sudah 25 tahun berkahwin. Tapi kenangan itu tetap kekal dalam ingatan.

Mungkin banyak pasangan yang sudah lama berkahwin apabila nak bersama sudah tidak lagi membaca doa sebelum bersetubuh kerana mungkin sudah terlupa doa tersebut. Sekurang-kurangnya bacalah Bismillah sebelum bersetubuh.

Malam pertama adalah untuk suami pecah dara isteri sememanglah waktu yang mendebarkan buat suami dan isteri. Pecah dara isteri adalah pengalaman seks yang akan dikenang sepanjang hayat maka lakukannya dengan penuh kasih sayang. Pada pasangan yang baru berkahwin diingatkan selalu membaca doa sebelum berjimak untuk mendapat zuriat yang baik. Jangan main hentam semacam bila naik "syeikh".

Malam pertama adalah malam belaian. Malam dimana suami isteri mengenali tubuh badan masing-masing. Malam untuk membuang rasa malu isteri terutamanya. Membuang rasa malu dalam hubungan seks adalah dengan menimbulkan rasa berahi kepada isteri. Biarlah malam yang penuh berahi itu tidak disertai dengan syaitan yang dilaknat.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda:

Sekiranya seseorang itu ingin bersetubuh dengan isterinya hendaklah dia membaca doa Yang bermaksud:

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Wahai Tuhanku! Jauhilah kami dari syaitan dan jauhkanlah syaitan dari apa yang Engkau kurniakan kepada kami. Sekiranya perhubungan kelamin itu ditakdirkan mendapat seorang anak. Anak itu tidak akan diganggu oleh syaitan untuk selamanya.

Adab-Adab Bersetubuh Pada Malam Pertama.

Islam mempunyai adab yang terkandung di dalamnya nilai-nilai akhlak yang luhur bahkan mengandungi kebaikan dari segi kesihatan. Terdapat banyak petunjuk dalam al-Quran dan hadis yang membicarakan adab setubuh malam pertama dan jimak suami isteri.

Berikut adalah adab-adab setubuh malam pertama dan jimak yang dianjurkan oleh Islam:-

-Sembahyang sunat dan berdoa malam pertama.
-Berwuduk selepas melakukan persetubuhan.
-Untuk memenuhi kewajipan terhadap Allah serta mengikuti sunnah Rasulullah saw.
-Bergaul dengan isteri cara yang sopan.
-Bercumbu-cumbuan terlebih dahulu.
-Tidak mementingkan kepuasan diri sendiri.
-Mengambil kira hak suami dan isteri berhubung dengan soal hubungan kelamin.
-Keselesaan dalam hubungan kelamin.
-Kesederhanaan.
-Mensyukuri nikmat.
-Tidak menyebarkan soal persetubuhan kepada pihak lain

DOA UNTUK ANAK-ANAK ATAU SUAMI YANG SUKA KELUAR MALAM





Sebagai ibubapa yang mempunyai anak lelaki atau pun anak perempuan yang suka keluar malam melepak dengan kawan-kawan di kafe siber atau di "Shopping Complex", memang susah hati kerana anak-anak ini jika dinasihat memang tak dengar langsung. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri atau seperti "mencurah air di daun keladi". Susah nak buang tabiat yang kurang elok. Waktu malam sepatutnya berada di rumah mengulangkaji atau buat kerja sekolah dan tidur awal untuk ke sekolah keesokkan pagi. Jika dibiarkan takut berkawan dengan geng curi motor atau geng mat rempit....mati katak.

Sang isteri juga boleh amalkan dan baca doa ini untuk sang suami yang selalu suka keluar malam melepak kat restoran mamak pekena teh tarik dengan kawan-kawannya. Sekali sekala tidak mengapalah tetapi jika sudah menjadi tabiat melepak tiap-tiap malam pun kurang baik. Buang masa borak kosong dan takut-takut nanti berkawan dengan member yang pasang dua. Sepatut sang suami diwaktu malam beristirehat dengan keluarga di rumah. Baca buku agama atau buat kerja-kerja yang berfaedah. Tidur awal untuk solat tahajjud tengah malam dan pergi kerja taklah mengantuk kat pejabat. Suami yang buat MLM di waktu malam dikecualikanlah kerana nak tambah rezki keluarga.

Cara-caranya:

Baca doa ini 33 x setiap kali selepas solat dan mohon kepada Ya Allah SWT. Jika baiknya dibaca pada air dan ditiupkan dan diberi minum pada anak/suami tersebut. InsyaAllah

27 November 2011

Cara Makan Sunnah Nabi SAW, Sebahagiannya Kuno Tetap Logik Secara Saintifik

Tertarik dengan kenyataan Rasulullah SAW yang menyatakan bahawa "perut adalah punca penyakit". Bagi orang Islam, Nabi SAW adalah contoh terbaik, setiap perbuatan Nabi SAW mempunyai sebab tersendiri, dilakukan atas jagaan ilmu Maha Mengetahui.

Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari.

1. Jangan Makan/Minum

Susu bersama salah satu (atau semua) berikut; Daging, Ikan, Ayam, Cuka, Buah
Ikan bersama salah satu (atau semua) berikut; Daging, Telur, Daun salad

2. Cara Makan

Makan hanya cukup sekadar untuk menghilangkan lapar. Jika mahu makan lebih: sediakan 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk cecair/air, 1/3 untuk udara/bernafas.

Tidak makan buah selepas hidangan berat (eg: nasi, gandum, roti). Hanya makan buah sebelum menjamah makanan lain. Buah segar merupakan makanan pra-cerna,boleh masuk terus dari perut ke usus. Jika dimakan bersama makanan lain (eg: buah bertemu makanan lain dalam perut), buah akan terperangkap, bercampur dalam perut, biasanya mengakibatkan fermentasi (proses menghasilkan tenaga tanpa oksigen) buah dan segala makanan dalam perut berlaku secara sendiri.


Tidur sejam setelah makan tengahari (sebelum waktu zohor)

Dilarang meninggalkan makan malam. Jika abaikan? Kekurangan nutrisi menambah risiko penuaan (dimakan usia/aging) dan peningkatan berganda kolesterol dalam badan.

Kitab-kitab perubatan Islam melarang makan bersama/mencampur makanan darat (ion positif) bersama makanan laut (ion negatif). Menurut kajian, ion+ dan ion- menghasilkan tindakan biokimia yang boleh memudaratkan usus manusia.

Makan menggunakan tangan kanan dan dijilat jari. Jari menghasilkan enzim 10 kali ganda lebih banyak berbanding air liur dalam membantu dalam proses pencernaan makanan.

Tunggu makanan dimasak sejuk sedikit sebelum dimakan. Tiada keberkatan dalam makanan yang dimakan panas-panas.

Mengambil sedikit/secubit garam sebelum makan. Garam (NaCl) terdiri dari Natrium (sodium) klorida (chloride). Klorida yang terdapat dalam garam merupakan klorida yang sama dirembeskan dalam perut (klorida dalam asid hidroklorik, yang penting untuk pencernaan makanan). Jadi, pengambilan garam sebelum makan membolehkan badan menghasilkan hidroklorik asid mencukupi bagi mencernakan makanan. Kebanyakan efek negatif garam seperti diwarwarkan dunia kini adalah berpunca dari lebihan natrium, bukan klorida.


3. Cara Minum

Tidak minum air segelas dalam satu nafas sahaja. Sebaliknya minum seteguk-seteguk selang seli bernafas sambil duduk.

Tidak minum ketika sedang menjamah makanan. Sila minum sebelum/selepas makan.

Jika lalat jatuh dalam air minuman. Selamkan 100% lalat tersebut ke dalam air. Kemudian buang lalat tersebut. Terdapat sel longitudinal (sel yis) hidup menumpang (parasit) dalam badan lalat dengan sebahagian mencelah di setiap tubula (rongga) respirasi (pernafasan) lalat. Jika lalat diselam, perubahan tekanan osmosis air akan menyebabkan sel ini pecah/meletup membebaskan antidot bagi melawan patogen dalam badan lalat.

3. Lain-lain Sunnah Amalan Pemakanan Sihat


Bersugi sebelum dan selepas makan. Malah Nabi SAW juga bersugi sebelum setiap kali menunaikan solat fardhu.

Makan makanan "whole foods" (makanan yang mengekalkan sebatian asal, bukan makanan proses). Makan makanan yang ada dalam musimnya. Tidak mencampur sejenis makanan bersama sejenis makanan lain sesuka hati. Kini hanya 25% penduduk dunia yang masih makan "whole foods".

Tidak mencari kesalahan dalam hidangan. Jika suka, Nabi SAW akan makan. Jika tidak suka, Nabi SAW akan menolak dengan baik.

by : DEMI MASA

Berwuduk Cara Rasulullah

Assalamualaikum.

Hai semua, sihat ka hari ini?

Salam Maal Hijrah. Moga tahun baru ini membawa 1001 perubahan yang baik dalam diri kita.

Moga kita menjadi hamba Allah yang soleh & solehah dunia akhirat. Amin.

Hari ni aku nak share cara berwuduk cara rasulullah. Berwuduk dengan cara betul sangat penting dalam hidup sebab kita selalu dengar benda pertama yang dihisab adalah Solat.

ok. jom kita layan video bawah ni. menarik sangat =)


klik link tu ya. selamat beramal semua.

Assalamualaikum ^_^


20 November 2011

Yang Haram itu Indah, Yang Halal itu Tidak Indah?

Assalamualaikum.

Jangan marah-marah ye. Baca dulu. Ni cuma secebis pendapat & pengalaman.

Apa kata kita saling bertukar-tukar & berkongsi pengalaman.

Ramai orang bila tengok wanita yang bergaya namun tidak mengikut syariat yang betul mendapat pujian yang sangat banyak. Memang diperakui, bila melihat pada cara mereka bergaya sangat cantik, comel dan sebagainya.

Tapi kalau tengok perempuan yang menutup aurat mengikut garis panduan Islam mesti kita kurang sikit nak puji. Betul x? Betul x? Hehe

Korang pernah tak alami situasi macam ni.

Bila korang pakai, pakaian yang besar-besar korang kena tegur.

Eh. Eh. Besarnya baju.

Tapi bila orang pakai ketat-ketat, baju kecil-kecil. orang tak tegur pula.

Pelik bukan.

Dalam hati jahat terdetik. Eh. Eh. Aku pakai baju besar-besar tegur pula. Orang lain pakai baju kecil-kecil tak nak tegur. Macam aku pula yang buat dosa. Dunia-dunia.

Adakah yang HARAM itu indah, yang HALAL itu tidak indah?

Mungkin pada zaman sekarang memang yang HARAM itu indah, yang HALAL itu tak indah pada sesetengah orang.

Korang jangan rasa rendah diri atau apa sahaja dengan pangan manusia. Korang ingat 1 benda ja.

Kita HAMBA kepada ALLAH, bukannya HAMBA kepada MANUSIA. Biarlah manusia nak cakap apa2 pun. Selagi benda yang korang buat tu tak langgar ajaran Islam. So, go on ja k?

Oh, terlupa 1 benda. Sekarang ni kita selalu dengar. Ala. Pakai tudung labuh, perangai lagi teruk daripada tak bertudung! Hello. Korang hati-hati sikit bila bercakap k. Korang puji macam tu, korang sama-sama tanggung doa orang yang tak menutup aurat.

Ya, memang ada sesetengah menutup aurat tapi perangai xok. Menutup AURAT itu PERINTAH ALLAH, maka tak payah la korang nak pertikai lagi k. Dalam bab AURAT, orang tu dah terlepas. Insyallah. Dalam bab peribadi tu. Biar Allah yang hukum. Kita manusia kena sentiasa bersangka baik.

Jangan kutuk-kutuk. Sebaliknya doakan mereka yang pakai tudung labuh tapi perangai x ok. Yang x pakai tudung perangai ok & diri kita sendiri agar dikurniakan hidayah oleh Allah sentiasa.

Maaf andai ada yang tersilap cakap, sebarang tegur/ pendapat amat dialu-alukan. :)

p/s : Jom aminkan doa ini agar Allah melimpahkan kebaikan di dunia & akhirat kepada kita.
"Rabbana atina fiddunya hasanah wa fil akhirati hasanah waqina adzabannar" - Ya Tuhan kami, berikanlah kami kebaikan di dunia & di akhirat & selamatkanlah kami dari seksa neraka. Amin.


Ada apa disebalik nama.

Assalamualaikum.

Apa pendapat korang tentang nama. Ada apa di sebalik nama? Kenapa islam anjurkan kita letak nama-nama yang baik untuk anak-anak.

Nama mempengaruhi peribadi seseorang. Sebab tu kita kena cari nama yang terbaik untuk anak-anak kita. Nama ini seumpama doa. Bayangkan selama kita hidup, orang memanggil kita dengan nama yang diberikan oleh kedua ibubapa kita. Selama itulah semua orang mendoakan kita.

Sebagai contoh nama Sakinah (Ketenangan), Amani (Ketenanganku), Aufa (Kesetiaan) dan sebagainya.

Sebenarnya kita sangat-sangat digalakkan memanggil anak kita dengan nama. Panggilan yang digunakan bukannya tak boleh guna. Boleh ja. Tapi kita cuba tambahkan lagi. Sebagai contoh, Along tapi kita ganti dengan Along Kamal misalnya. Insyallah, anak-anak akan berkeperibadiaan seperti mana maksud namanya. Insyallah :)


Tips Mendidik Anak

Assalamualaikum.

Walaupun aku belum lagi berumah tangga. Tapi pada aku amatlah penting untuk kita dalami pelbagai ilmu. Jangan sangka perkahwinan ini mudah. Sebab perkahwinan merupakan satu amanah & tanggungjawab kepada kita.

Disini, aku nak berkongsi beberapa tips yang pensyarah aku pernah cakap.

1. Membaca Al-quran selepas solat subuh.

- Paksa juga anak-anak membaca al-quran selepas solat subuh. Adalah sangat indah benda pertama bangun tidur kita bercakap dengan Allah (Solat) dan membaca serta melihat ayat-ayat cinta daripada Allah (Al-quran). Insyallah, sikap anak-anak lebih baik daripada sebelum ini.

2. Niat kerana Allah

- Cuba ajar anak-anak ajar sebelum ke sekolah. Cakap 'Ya Allah, aku(sebut nama anak tu sendiri) nak pergi sekolah, nak belajar hanya kerana Allah'.

Maaf. Yang tu ja aku ingat lect. aku cakap. Hehe. Nanti andai aku ingat, aku kongsi lagi ya. Insyallah.

p/s : Kumpul sebanyak ilmu yang mungkin untuk menghadapi ujian & dugaan hidup. Best of luck all :)

Doa Pendekat Jodoh

Assalamualaikum.

Jom kita sama-sama amalkan.





Moga kita semua dikurniakan pasangan hidup yang soleh solehah serta penyejuk hati & anak-anak yang soleh solehah penyejuk hati. Amin ya rabb.

p/s : kalau tak ada calon lagi tak apa. Doa juga & pohon yang terbaik pada pandangan Allah. Allah tak akan menzalimi hamba-hambaNya. Insyallah :)

sumber : www.darussyifa.org

20112011. Alam baru

Assalamualaikum~

Post pertama untuk tarikh yang cantik.

Sebelum ni dah ada banyak post. Tapi rasanya semuanya xberfaedah.

Maka, aku dah buat keputusan nak isi blog aku ni dengan benda-benda ilmiah & bawa faedah pada kita semua. Insyallah.

Aku bukan budak yang baik/ islamic or soon. Tapi pada aku sentiasa mempelajari & mendalami ISLAM itu adalah wajib.

Maka, tak semua dalam blog aku ni 100% penulisan aku.

Sapa2 yang tak puas hati, nak tegur dipersilakan dengan hati terbuka sebab kita sama-sama berusaha belajar & menjadi hambaNya yang soleh solehah. Insyallah. Amin. :)