mai2 klik

u follow i..i follow u back..hehehe

14 March 2013

Sunnah-sunnah Rasulullah Ketika Bagun Dari Tidur

Assalamualaikum. Alhamdulillah atas semua nikmat kurniaan Allah. Insyaa Allah minggu ni dan minggu depan nak berkongsi mengenai Amalan Rasulullah dalam kehidupan baginda.

Amani pernah terbaca. Sheikh Nurudin cakap kalau tak silap. 'Bawalah nabi ke rumahmu dengan mengamalkan sunnah baginda ke dalam kehidupan mu'

Ok. Hari ni amani nak kongsi

SUNNAH RASULLULLAH KETIKA BANGUN DARI TIDUR :)

Pertama : Sapu muka menggunakan tangan

"Rasulullah saw bangun daripada tidur lalu beliau duduk sambil menyapu kesan2 tidur pada wajahnya (Direkodkan oleh Muslim)"


Kedua : Membaca doa bangun tidur.

[image-01-1.gif]

"Segala puji bagi Allah yang menghidupkan kami selepas Dia mematikan kami (tidur) dan kepada Nya kami akan dibangkitkan (Direkodkan oleh Bukhari)


Ketiga : Bersugi

"Rasulullah saw apabila bangun daripada tidur, beliau menggosok giginya menggunakan siwak (kayu sugi)" direkodkan oleh Bukhari dan Muslim.


Sumber rujukan adalah buku dibawah :


 





No comments: