mai2 klik

u follow i..i follow u back..hehehe

25 March 2013

Masalah

Assalamualaikum. Hari ni ramai kawan2 yang cerita macam2 masalah depa. Bila fikir2 balik, rasa lawak pun ada. Yala, teringat satu kata2. Bila orang marah, jangan marahkan dia balik. Biar dia luahkan semuanya. Sejuk kan dia perlahan-lahan.

Bila kita dalam keadaan marah, tertekan. Emosi jadi tidak stabil. Maka, kita akan berkata sesuatu yang kadang kala kita tidak berniat berkata demikian.

Masalah adalah ujian dan tarbiyah dari Allah. Mana mungkin Allah kurniakan sesuatu yang sia2. Hargailah ujian dengan syukur dan sabar. Pohon ampun kepada Allah, pohon bantuan daripada Allah. Mana tau dugaan ini adalah kifarah dosa-dosa kita yang kita tidak sedar.

Pada saya, biarlah Allah menduga kita dengan kesusahan, dengan kurang kemewahan hidup, dengan pelbagai dugaan kesusahan berbanding ujian berbentuk kesenangan. Bila marah, istigfar lah. Bila marah, lupakan semua masalah itu. Ambil lah yang positif. Abaikan mereka supaya kita sentiasa bahagia. Erti hidup adalah memberi.

Beri lah dengan hati penuh keikhlasan. Biar lah Allah yang mengadili semuanya. Biar lah manusia terus menerus tidak menghargai tetapi Allah sentiasa menghargai kita. Teringat ceramah petang tadi. Ustaz Muhammad Abdullah. Bila hati marah, tertekan. Usah dilayan perasaan itu terlalu melampau2 kerana yang menang bukannya kita tetapi syaitan.





Mengalah bukan kalah, itu tanda anda matang dalam mencari pendamaian.
Jika dengan marah dan pertengkaran itu boleh membinasakan hubungan,
 kenapa masih pilih cara itu??? Kemarahan tidak memuaskan hati,
tetapi melemahkan hati.


p/s : minimumkan marah dan tekanan dalam hidup. maksimumkan sabar dan rendah diri. :)

No comments: