mai2 klik

u follow i..i follow u back..hehehe

11 February 2013

Hati

Hati manusia adalah berbeza-beza. Maka, nasihatilah dia dengan sebaik mungkin. Kenali dan berkawan baik dengan nya supaya kita dapat menggunakan kaedah menasihati yang betul dan dapat memberikan kesan pada hati.

Cara kita menasihati sesorang itu dengan kasar dan nada perli. Akan membuahkan kesan yang sangat negatif. Fahamilah wahai ibu bapa, sahabat handai serta orang-orang sekeliling. Dekati mereka yang ingin berubah, yang ingin kembali ke pada fitrah. Jangan diungkit kisah silam mereka yang lalu. Nasihati lah mereka dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan dalam hati agar ianya terpancar di riak muka, nada suara dan suara hati nasihat yang kita cuba sampaikan.

Saya pernah dengar satu ceramah. Penceramah ada berkata ' andai kita nasihat dan bercakap itu dengan niat memberikan nasihat. insyaa Allah aura yang sampai sentiasa positif dan dapat diterima walaupun mungkin cara nasihat yang digunakan kasar (bersesuaian dengan orang tersebut)' apa yang penting NIAT~

Laksanakan dan lakukanlah segala-galanya hanya KERANA ALLAH.






















No comments: