mai2 klik

u follow i..i follow u back..hehehe

28 November 2012

Memahami

Assalamualaikum. Kadangkala kita sebagai manusia biasa memang harap semua orang memahami kita kan? Tapi sedarkah kita orang tak akan mampu memahami kita jika kita tidak meluahkan apa yang tersirat di hati. Nak luahkan pun kena guna ayat dan cara terbaik. Betul tak?

Kadang kala aku pening memikirkan mengenai mereka semua. Namun, sepening dan seserabut manapun. Kita tak akan mampu atasi tanpa bantuan dariNya. Memohon bantuan = berdoa. Memang Allah maha mengetahui. Kita berdoa sebab kita hamba Dia. Oleh itu, berdoa dan meminta supaya Allah memahami dan memberi apa yang terbaik kepada kita.

Allah dan hambaNya umpama ibu kepada anaknya. Bayangkan, jika si anak kecil sering meminta dengan penuh pengharapan dengan penuh rasa sedih apabila tidak diberi mana mungkin hati seorang ibu akan biarkan anaknya. Lama-lama pasti si ibu akan bagi bila tiba masanya. 

p/s : Ya Allah, moga mereka memahami jiwa dan hati kami dan moga kami sentiasa memahami jiwa dan hati mereka supaya kami sering bersangka baik dan melakukan apa jua dalam hidup hanya kerana Allah. Aamiin

No comments: