mai2 klik

u follow i..i follow u back..hehehe

07 November 2012

Bersyukur

Bersyukur. Kita selalu dengar perkataan ni. Tapi setakat mana rasa syukur kita pada Allah. Saya sendiri pun kadang kala gagal timbulkan rasa bersyukur dalam hati, terutama ketika hati disentap rasa sedih macam sekarang ni.

Oh ya. Insyallah 16hb ni saya akan terbang meninggalkan bumi Malaysia dan bermusafir di bumi kanggaro, doakan saya ye semua :) Mungkin ada yang terdetik dalam hati. Wahhh. Bestnya dia boleh pergi sana. Tapi peganglah konsep bersyukur.

Cuba bayangkan anda diberikan pilihan dapat ke luar negara setiap tahun tetapi keluarga anda kurang bahagia. Dan pilihan seterusnya anda tidak dapat keluar luar negara tetapi keluarga anda bahagia. Bersyukurlah dengan apa yang ada, bersyukur dan sentiasa merendahkan diri di hadapan orang lain agar tidak timbul rasa riak dan tidak memberi dosa kepada orang lain.

Bersyukurlah anda dapat membaca kerana Allah izinkan anda belajar dan memahami. Bersyukurlah anda dapat melihat setiap huruf yang menari-nari. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Terima kasih ya allah. Moga kita semua menjadi hamba Allah yang bersyukur. Aamiin :)

No comments: