mai2 klik

u follow i..i follow u back..hehehe

23 December 2011

Doa Amalan Ibu Hamil Untuk Anak Dalam Kandungan

Assalamualaikum.

Hai. Kalian sihat? Mesti ramai pernah dengar atau terbaca tentang posisi bayi ketika dibacakan ayat al-quran serta perbezaan posisi bayi ketika mendengar lagu yang melalaikan.

Di sini saya ingin berkongsi beberapa bacaan yang boleh diamalkan.


p/s : kepada sesiapa yang ingin memberikan teguran kepada blog ini sangat2 dialu-alukan kerana saya bukannya alim ulamak tetapi insan biasa yang cuba mendalami islam. teguran dan pandangan sangat2 diharapkan. syukran :)

15 December 2011

Amalan Mendapatkan Zuriat

Assalamualaikum :)

Siapa-siapa yang mandul tidak mendapat anak selama ia berkahwin dan suka pula hendak mendapat zuriat atau anak, hendaklah ia mengamalkan membaca surah Al-fatihah seperti berikut:

Hendaklah membaca fatihah sebanyak 41 kali selama 40 hari dengan tidak putus-putus dan tidak kurang bilangannya.

Masanya ialah diantara Sunat Subuh dan Fardu Subuh.

Insyallah akan mendapat zuriat yang soleh lagi baik.

Apa-apa pun semuanya dengan IZIN ALLAH :)

sumber : Buku Hikmat fatihah oleh Ali Zulfakar

Wirid Fatihah

Assalamualaikum.

Maaf lama xupdate blog. Agak sibuk kebelakangan ini. Hari ni saya nak berkongsi wirid fatihah. Mari sama-sama kita amalkan. Moga redha & hidayah Allah sentiasa bersama-sama kita. Amin.

* * * * * * * * * * * * * * *

Siapa-siapa yang membaca Al-fatihah sebanyak 100 kali sehari pada tiap-tiap lepas sembahyang sebanyak 20 kali, akan :

  1. Dimurahkan Allah rezekinya
  2. Diperbaiki hal ehwalnya
  3. Dibersihkan hatinya
  4. Diangkat darjatnya
  5. Dimudahkan pekerjaannya
  6. Dilepaskan ia daripada dukacita
  7. Dijauhkan dari mudarat
  8. Diberi ia kerajinan dan semangat
  9. Tidak kecewa
  10. Dijauhkan dari hasutan syaitan
  11. Diilhamkan kepadanya kebajikan

Selamat beramal ye semua. Apa-apa pun semuanya dengan IZIN ALLAH :)

sumber : Buku Hikmat Fatihah oleh Ali Zulfakar