mai2 klik

u follow i..i follow u back..hehehe

27 April 2013

Berbakti kepada ibubapa yang sudah tiada

[ Bagaimana untuk terus berbakti kepada Ibu bapa walaupun mereka sudah tiada?]

Daripada Malik b.Rabi`ah bahawasanya seorang lelaki dari Bani Salamah bertanyakan kepada Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam:" Wahai Rasulullah,adakah masih boleh aku berbakti kepada kedua orang tuaku dgn sesuatu yg bolej aku berbakti kpd mereka selepas kematian mereka? Jawab Rasulullah sallallahu'alaihiwasallam: " Ya,

1)Doakan mereka berdua,

2)Istighfar(memohon ampun)kepada mereka berdua

3) Melaksanakan janji(wasiat,nazar,hutang dll) bagi mereka berdua

4) Sambungkan hubungan silaturrahim yang disebabkan oleh mereka berdua

5) Memuliakan sahabat-sahabat mereka.

[ HR Abu Daud,Ahmad,Ibnu Majah,Ibnu Hibban,Al-Bukhari dlm Al-Adab Al-Mufrad 
no:35,dalam sanadnya ada perawi yang majhul,hadith lemah namun matannya benar,insyaAllah ]

- Ustaz Muhammad Fashan -

Dear Allah


pls..always wif me...love U Allah 

24 April 2013

menjaga hati

sukar sebenarnya. menjaga hati sentiasa dan menjaga hati orang lain. kadang kala. kita sangka tindakan kita sudah cukup untuk menjaga hati orang lain. realitinya tidak.

benar apa yang diajar oleh kekasih Allah. Nabi Muhammad saw. bercakap jujur. bercakaplah jujur dalam apa jua keadaan dengan cara sangat berhemah. jujur itu kadang kala pahit untuk ditelan, namun manis diakhirnya. 

dengan bercakap jujur, mungkin sesetengah pihak merasakan kita tidak menjaga hati mereka. walhal dengan jujur itulah kita menjaga hati mereka. bila kita jujur, harapan mungkin musnah. namun, harapan itu musnah untuk tempoh yang tidak terlalu lama.

berbanding kita membiarkan harapan dalam diri seseorang penuh dengan ketidakjujuran kita. dan apabila kita hati yang dulu berasa kurang senang dan tenang. maka ianya bertambah dengan rasa senang dan tenang bila kita tidak jujur.

kembalikan fitrah hati, kembalikan fitrah kejadian kita. yang sentiasa inginkan kebaikan, yang sentiasa ingin membuat kebaikan. jangan dilanggar fitrah ini kerana hati hanya gembira sementara namun dipenuhi dengan rasa bersalah.

jaga lah hati kita dengan doa. jaga lah hati orang lain dengan doa supaya dia memahami.