mai2 klik

u follow i..i follow u back..hehehe

28 November 2012

Mendidik

Assalamualaikum.

Kadang kala saya sering terfikir. Bagaimanakah cara terbaik untuk mendidik anak-anak. Kadang kala saya sering takut menghadapi kenyataan. Betapa lemahnya jiwa dan hati ini. Moga Allah membantu kita semua. Aamiin

Rakan-rakan ada nak berkongsi tips dengan saya. Macam mana cara terbaik mendidik anak-anak. Macam mana nak bagi anak-anak rapat dengan ibubapa & sentiasa menganggap ibubapa seperti rakan? Macam mana nak didik anak-anak supaya rapat dan menyayangi adik beradik sendiri dan orang sekeliling mereka? Jom berkongsi tips dengan saya. :)

Sebelum melangkah ke alam baru, ilmu mendidik anak-anak dan sebagainya sangat penting kan. Moga keluarga kita semua menjadi sebuah keluarga yang sakinah, mawardah dan warahmah. Moga rahmat dan kasih sayang serta taufik hidayah allah sentiasa bersama dalam hati-hati dan jiwa setiap ahli keluarga kita. Aamiin


07 November 2012

Bersyukur

Bersyukur. Kita selalu dengar perkataan ni. Tapi setakat mana rasa syukur kita pada Allah. Saya sendiri pun kadang kala gagal timbulkan rasa bersyukur dalam hati, terutama ketika hati disentap rasa sedih macam sekarang ni.

Oh ya. Insyallah 16hb ni saya akan terbang meninggalkan bumi Malaysia dan bermusafir di bumi kanggaro, doakan saya ye semua :) Mungkin ada yang terdetik dalam hati. Wahhh. Bestnya dia boleh pergi sana. Tapi peganglah konsep bersyukur.

Cuba bayangkan anda diberikan pilihan dapat ke luar negara setiap tahun tetapi keluarga anda kurang bahagia. Dan pilihan seterusnya anda tidak dapat keluar luar negara tetapi keluarga anda bahagia. Bersyukurlah dengan apa yang ada, bersyukur dan sentiasa merendahkan diri di hadapan orang lain agar tidak timbul rasa riak dan tidak memberi dosa kepada orang lain.

Bersyukurlah anda dapat membaca kerana Allah izinkan anda belajar dan memahami. Bersyukurlah anda dapat melihat setiap huruf yang menari-nari. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Terima kasih ya allah. Moga kita semua menjadi hamba Allah yang bersyukur. Aamiin :)

Peperiksaan

Assalamualaikum.

Selamat menduduki peperiksaan kepada semua yang mengambil SPM dan apa saja jenis exam lah. Mudah-mudahan semasa kita exam, kita belajar tu niat kerana Allah dan ingin mengajar kepada orang lain. Supaya ilmu itu berkat dan bukan kerana exam semata-mata.

ILMU~