mai2 klik

u follow i..i follow u back..hehehe

23 February 2013

My new blog

Assalamualaikum :)

Harap2 semuanya sihat dan sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah sentiasa. Aamiin. Alhamdulillah, hari ni tercapai juga satu hajat iaitu blog masakan.

Walaupun saya tak pandai memasak tapi saya sangat2 berminat nak belajar masak dan cuba pelbagai resepi baru :)

Alhamdulillah, blog baru saya bernama jeng jeng jeng...





Amacam. Comel x header dia? Harap2 kawan2 sudi follow blog kedua saya dan sudi berkongsi resepi serta tip masakan. Saya budak baru belajar, bila beri tunjuk ajar. Moga allah balas segala kebaikan kalian.


12 February 2013

Istilah

Sebagai manusia kita harus ingat dan jangan berpegang pada prinsip.




'i'm the best. saya paling baik'



walaupun anda seorang ibu, seorang ayah, seorang anak, seorang boss atau sesiapa sahaja kerana istilah dan prinsip tersebut membuatkan manusia sentiasa memandang rendah terhadap orang lain, tidak mahu menerima teguran orang lain dan berasa diri mereka paling hebat dan betul.

11 February 2013

Hati

Hati manusia adalah berbeza-beza. Maka, nasihatilah dia dengan sebaik mungkin. Kenali dan berkawan baik dengan nya supaya kita dapat menggunakan kaedah menasihati yang betul dan dapat memberikan kesan pada hati.

Cara kita menasihati sesorang itu dengan kasar dan nada perli. Akan membuahkan kesan yang sangat negatif. Fahamilah wahai ibu bapa, sahabat handai serta orang-orang sekeliling. Dekati mereka yang ingin berubah, yang ingin kembali ke pada fitrah. Jangan diungkit kisah silam mereka yang lalu. Nasihati lah mereka dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan dalam hati agar ianya terpancar di riak muka, nada suara dan suara hati nasihat yang kita cuba sampaikan.

Saya pernah dengar satu ceramah. Penceramah ada berkata ' andai kita nasihat dan bercakap itu dengan niat memberikan nasihat. insyaa Allah aura yang sampai sentiasa positif dan dapat diterima walaupun mungkin cara nasihat yang digunakan kasar (bersesuaian dengan orang tersebut)' apa yang penting NIAT~

Laksanakan dan lakukanlah segala-galanya hanya KERANA ALLAH.