mai2 klik

u follow i..i follow u back..hehehe

29 November 2012

Mencuri hobi atau terpaksa?

Assalamualaikum. Hari ni ibuku dalam kekalutan sedikit. Sebab duit beliau kena curi. Kesian dekat ibuku tapi xpala. Insyallah Allah ganti dengan lebih baik. Moga ibuku redo dan tabah dengan dugaan yang dihadapinya serta sentiasa bersangka baik dan yakin dengan Allah. Aamiin

Kadang kala aku terfikir. Mencuri ini hobi atau terpaksa? Korang rasa. Dulu masa aku belajar ada juga budak ni suka mencuri tapi bukan terpaksa sebab hobi. Dah terbiasa mencuri. Jangan mencuri ok, nanti kena potong tangan. Tak takut ka??
kalau kita suka mencuri cara nak elakkan daripada terus mencuri/ tahan diri daripada mencuri adalah dengan solat. bukan setakat mencuri, segala benda yang tidak baik dapat dikurangkan dan dielakkan apabila kita sentiasa pentingkan solat dalam hidup. Solat solat solat. 

p/s : "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" "Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan" Aamiin (Ibrahim : 40/41)

28 November 2012

Weeding Guestbook

Assalamualaikum. Hai. Sihat idok semua??

Ok. Hari ni aku nak kongsi weeding guestbook. Ianya dibuat khas oleh bff aku. So kalau korang berminat email sini nsfamilyshop@gmail.com 

Ok. Jom tengok contoh guestbook yang bff aku buat dekat bawah nie.




p/s : Cepat2 tempah sebelum menyesal !!!

Memahami

Assalamualaikum. Kadangkala kita sebagai manusia biasa memang harap semua orang memahami kita kan? Tapi sedarkah kita orang tak akan mampu memahami kita jika kita tidak meluahkan apa yang tersirat di hati. Nak luahkan pun kena guna ayat dan cara terbaik. Betul tak?

Kadang kala aku pening memikirkan mengenai mereka semua. Namun, sepening dan seserabut manapun. Kita tak akan mampu atasi tanpa bantuan dariNya. Memohon bantuan = berdoa. Memang Allah maha mengetahui. Kita berdoa sebab kita hamba Dia. Oleh itu, berdoa dan meminta supaya Allah memahami dan memberi apa yang terbaik kepada kita.

Allah dan hambaNya umpama ibu kepada anaknya. Bayangkan, jika si anak kecil sering meminta dengan penuh pengharapan dengan penuh rasa sedih apabila tidak diberi mana mungkin hati seorang ibu akan biarkan anaknya. Lama-lama pasti si ibu akan bagi bila tiba masanya. 

p/s : Ya Allah, moga mereka memahami jiwa dan hati kami dan moga kami sentiasa memahami jiwa dan hati mereka supaya kami sering bersangka baik dan melakukan apa jua dalam hidup hanya kerana Allah. Aamiin