Kadang kala aku terfikir. Mencuri ini hobi atau terpaksa? Korang rasa. Dulu masa aku belajar ada juga budak ni suka mencuri tapi bukan terpaksa sebab hobi. Dah terbiasa mencuri. Jangan mencuri ok, nanti kena potong tangan. Tak takut ka??
kalau kita suka mencuri cara nak elakkan daripada terus mencuri/ tahan diri daripada mencuri adalah dengan solat. bukan setakat mencuri, segala benda yang tidak baik dapat dikurangkan dan dielakkan apabila kita sentiasa pentingkan solat dalam hidup. Solat solat solat.
p/s : "Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku" "Wahai Tuhan kami! Berilah ampun bagiku dan bagi kedua ibu bapaku serta bagi orang-orang yang beriman, pada masa berlakunya hitungan amal dan pembalasan" Aamiin (Ibrahim : 40/41)
